Siakap Keli
Gambar Via Suara.com

Tahi Jadi Duit, Lelaki ‘Ubah’ Najis Lembu Jadi Kepingan Medium Tanaman, Jana Ribuan Ringgit Sebulan

Siapa sangka bahawa najis lembu juga boleh ditukar menjadi satu barang yang menjana ekonomi untuk penduduk tempatan di Indonesia ini. Menerusi laporan Suara.com, kumpulan penternak di Desa Nagrak, Kabupaten Bandung Barat telah berusaha mengubah bahan buangan dari lembu menjadi ‘permata’ yang menghasilkan jutaan rupiah sebulan.

Mereka dipercayai telah membuat briket atau media tumbuh-tumbuhan dari najis lembu.

Salah seorang penternak, Ujang Ica Supriatna berkata dia memulakan perniagaan membuat briket dari kotoran lembu sejak tahun 2019 ketika bertemu dengan seorang profesor.

“Kami diajar untuk memproses bahan buangan lembu sehingga ia boleh diubah menjadi briket atau media tanaman.

“Sudah dua tahun dan ia masih berjalan sehingga sekarang, terdapat 15 orang yang terlibat dalam projek ini,” katanya.

Sebelumnya, dia dan penternak lembu yang lain hanya melakukan kegiatan yang sama setiap hari iaitu memberi makan dan membersihkan kandang lembu.

Gambar Via Suara.com

Dalam keadaan itu, mereka sebenarnya terdedah kepada gas metana yang dikeluarkan dari tompokan najis lembu. Jika terus dihidu setiap hari, ia akan memberikan kesan jangka panjang kepada kesihatan mereka.

Buktinya, ramai penternak lembu yang berusia 60 tahun mengalami masalah kesihatan.

“Ternyata ia adalah kesan menghidu gas metana dalam waktu yang singkat tetapi mereka tidak mengetahui hal itu kerana tidak cukup berpendidikan,” kata Ujang.

Disebabkan itu juga dia dan penternak yang lain bertekad untuk mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik.

Difahamkan, briket najis lembu berfungsi seperti baja yang ditanam di dalam tanah untuk menyuburkan tanaman. Namun, kerana ia dibuat dari bahan organik, tanaman itu mungkin memerlukan waktu yang agak lama untuk tumbuh.

“Briket hanya perlu dipotong-potong, kemudian ia juga akan ditanam di tanah yang sudah memiliki tanaman. Fungsinya seperti baja untuk menyuburkan tanaman.

“Najis lembu dicetak dan kemudian akan disembur dengan sebatian bio untuk ‘mengikat’ gas metana, briket juga tidak akan berbau,” jelas Ujang kepada Suara.com.

Tambahnya, dalam sebulan dia dapat menjual sehingga 30 ribu keping briket ke berbagai wilayah di Indonesia. Walaupun berbau dan dirasakan jijik, namun dia dapat menjana sehingga Rp 6 juta (RM1,758) sebulan.

Sumber: Suara.com

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.