Siakap Keli
Gambar: Twitter

TERKINI: Lubnan Dilapor Sedang Gelap-gelita, Stesen Kuasa Habis Bekalan Bahan Api Untuk Jana Elektrik

Lubnan dilapor sedang gelap-gelita berikutan stesen janakuasa di negara itu dilapor kehabisan bekalan bahan api untuk menjana tenaga elektrik.

Berita berkenaan menjadi tular di media sosial dan dikongsi beberapa portal berita dan wartawan di Timur Tengah.

Stesen-stesen janakuasa berkenaan dikatakan bergantung kepada bekalan diesel untuk beroperasi.

Menurut laporan RT, krisis bekalan tenaga di negara itu dijangka berterusan untuk beberapa hari.

Ekoran daripada stesen janakuasa yang berhenti operasi, penduduk-penduduk di negara itu kini bergantung kepada generator untuk menghasilkan tenaga elektrik.

Bagaimanapun, wujud kebimbangan memandangkan tidak semua berkemampuan untuk memiliki generator.

Berdasarkan perkongsian-perkongsian yang dibuat di Twitter, Iran dilapor telah menghantar trak-trak membawa bekalan diesel melalui Syria untuk dihantar ke negara berkenaan.

Sumber: Twitter

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.