Keladi sememangnya sangat unik kerana keadaan permukaan daunnya yang dilitupi dengan kutikel lilin, menjadikannya tetap segar dan tidak basah walaupun dicurahkan air di atasnya. Bertitik tolak dari keistimewaannya itu, wujudnya peribahasa yang sangat popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia iaitu ‘bagai mencurah air ke daun keladi‘.
Namun, ada ‘peribahasa baharu’ yang boleh dikaitkan dengan pokok keladi setelah melihat video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @sera9478. Menerusi video itu, nampaknya daun keladi juga sudah pandai mencurahkan airnya ke dalam rumah orang.
Pada mulanya merasakan bahawa bumbung rumahnya bocor, lelaki di dalam video tersebut akhirnya mengetahui keadaan lantai rumahnya yang basah adalah berpunca daripada curahan air daun keladi itu.
“Cari tang mana bumbung pecah, cari tang mana bumbung pecah, rupanya pokok keladi,” katanya.
Pokok keladi itu ditanam di tepi rumahnya dan tumbuh dengan sangat tinggi. Jika hujan, air yang jatuh di dalam daun keladi itu akan terus mencurah ke dalam rumahnya.
Habis lencun dalam ni, ingat air dari mana, bumbung baru tukar
@sera9478 kerja dia
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat pokok keladi itu dan mencipta peribahasa yang baharu.
Harapkan keladi, keladi buat hal
Kalau tadah boleh penuh baldi
Pandai melawak
Akhirnya misteri terjawab
Sumber: sera9478