Siakap Keli
Gambar: TikTok @kerjajer

Rasa Janggal, Tak Tahu Nak Buat Apa, HR Ini Kongsikan 3 Benda Korang Boleh Buat Semasa Hari Pertama ‘Intern’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Latihan industri, praktikal atau sering disebut internship adalah satu program yang diwujudkan sebagai persediaan bakal graduan untuk menghadapi cabaran dunia pekerjaan sebenar. Program latihan industri ini membolehkan pelajar tahun akhir di institusi pengajian tinggi untuk merasai pengalaman sebenar di bidang yang mereka ceburi.

Bukan sahaja menggambarkan realiti alam pekerjaan, latihan industri ini juga adalah satu pendekatan yang baik kepada pelajar untuk memperbaiki kebolehan sosial dan komunikasi. Pelajar berpeluang meneroka pelbagai peringkat kemahiran yang tak dapat dipelajari dalam dewan kuliah.

Tapi tak dinafikan, sebagai seorang pelajar yang juga ‘orang baru’ dalam syarikat tempat latihan industri ni, sudah pasti perasaan janggal tu ada. Situasi ni sering dialami oleh para pelajar yang menjalani hari pertama latihan praktikal. Maka kebanyakan daripada kita hanya pilih untuk duduk diam saja sementara menunggu arahan dari penyelia.

Bagi para pelajar yang nak jalani internship, tips yang dikongsi melalui laman TikTok @kerjajer ni mungkin dapat membantu. Dalam video tersebut, pegawai sumber manusia ni kongsi tiga benda yang korang boleh buat masa hari pertama internship. Nak tahu apa tiga benda ni, tonton video penuh di bawah.

@kerjajer

#stitch with @hunnyugood Nak buat apa hari pertama intern? #kerjajer #tipskerja

♬ original sound – Kerjajer with Azmil – Kerjajer with Azmil

Semoga bermanfaat!

Sumber: TikTok @kerjajer

Eyla Azri