Siakap Keli
Gambar: @kumiskucenk

(Video) Mencair & Berbau, Wanita Loya Tong Beras ‘Bertukar Coklat’ Lepas Setahun Tak Buka

Dipercayai kerana setahun tak pulang ke rumah, seorang wanita dinanti dengan ‘kejutan’ yang membuatkan dirinya loya.

Menurut Suara.com, seorang wanita berkongsi rakaman di saat dirinya membuka tong beras di rumahnya selepas setahun tidak dibuka sejak dia berpindah pada tahun lalu.

Kongsi wanita itu, beras di dalamnya sudahpun mencair, berbau dan bertukar menjadi warna coklat.

Rakaman tersebut telah mendapat lebih 2 juta tontonan sejak dimuatnaik dan menerima lebih 149 ribu tanda suka.

“Masih ingat peti ais yang tak dibuka selama setahun? Bekas beras umur setahun ini juga sangat ‘mematikan’,” katanya.

@kumiskucenk

Reply to @real__adr yang minta dispenser beras nih ya, btw itu baunya super duper masyaAllah, berasnya udh mencair dan berubah warna😷

♬ original sound – faa_ – punyamu

Sumber: Suara.com, @kumiskucenk

Amira

Love yourself.