Dalam penjagaan kereta, banyak perkara yang kita kena titik beratkan. Lebih-lebih lagi apabila menyentuh soal keselamatan. Kena check angin tayar, bateri, minyak enjin, minyak gear dan banyak lagi.
Tapi tahukah anda, timing belt juga perlu ditukar apabila sudah cukup tempohnya. Apabila ia tidak ditukar, jangan terkejut kalau kereta itu mati tiba-tiba di tengah jalan.
Jadi nak tahu bilakah sebenarnya nak kena check dan tukar timing belt serta apa risikonya kalau tak ditukar? Jom ikuti perkongsian oleh abang pomen, Muadz Mustafha kat bawah ini.
Semoga bermanfaat.
@muadzmustafha Bila last tukar timingbelt? #timingbelt #tipskereta #learnontiktok #tiktokguru #tiktokmalaysia #drtayarmuar
Di ruangan komentar, beberapa netizen mengambil kesempatan untuk bertanyakan sendiri kepada Muadz mengenai masalah kereta mereka.
Seorang netizen yang menggunakan nama amatz bertanya, adakah timing chain yang digunakan pada sesetengah kenderaan keadaannya sama macam timing belt.
Jawab Muadz, kereta yang menggunakan timing chain dikatakan jarang untuk rosak. Namun pemilik kena sentiasa menjaga minyak enjin.
Tambahnya, apabila pemilik menukar timing belt, sebaik-baiknya waterpump pun perlu ditukar sekali bagi mengelakkan masalah lain berlaku.
Sementara itu, netizen bernama Abg Mark menceritakan pengalamannya terkena masalah timing belt putus semasa dalam perjalanan di jalan raya.
“Saya dah kena bang. Timing belt putus time on the way balik kampung raya Haji tahun lepas. Pedih oo dah la dengan anak bini lagi tengah-tengah panas akibat kecuaian sendiri,” katanya di ruangan komentar.
Jika anda mahu mengikuti pelbagai tips penjagaan kereta yang dikongsikan daripada mulut abang pomen sendiri, bolehlah ikuti Muadz di TikToknya @muadzmustafha.
Sumber: TikTok Muadz Mustafha