Siakap Keli

(Video)“Sampai Terfikir Suruh Suami Cari Lain..,” Dah Ambil Anak Angkat, Isteri Tak Sangka ‘Pregnant’ Selepas 14 Tahun Menanti

Sudah menjadi impian bagi pasangan yang telah berkahwin untuk memiliki zuriat mereka sendiri. Pun begitu, tidak semua orang diberikan rezeki awal, malah ada yang terpaksa menunggu dalam tempoh puluhan tahun untuk menimang cahaya mata.

Situasi ini boleh digambarkan menerusi pengalaman yang diceritakan oleh Marina Riy yang terpaksa menunggu sehingga 14 tahun untuk dikurniakan cahaya mata bersama suami setelah mendirikan rumah tangga pada tahun 2005.

Walaupun pahit untuk ditelan, namun itulah hakikat yang harus dihadapi dan ternyata ia bukan suatu perkara mudah untuk diterima oleh mana-mana wanita yang sudah berumah tangga.

14 tahun hadap ujian dan dugaan sampai nak suami cari lain

Menurut wanita berusia 39 tahun pada ketika itu, pelbagai usaha, ikhtiar dan doa sudah dilakukan. Bukan setakat itu sahaja, pelbagai ujian dan dugaan yang terpaksa ditempuhi dalam tempoh berkenaan.

“Tiada pasangan suami isteri yang tidak mahukan zuriat sebaliknya mereka hanya mampu berusaha, berdoa dan menunggu rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Apabila dikenangkan semula, tempoh itu adalah satu fasa yang cukup menguji kesabaran & emosi sampai saya terfikir suruh suami cari yang lain.

“Orang suruh pergi berurut saya buat, cuba tips itu ini saya ikut tetapi rezeki anak-anak belum juga tercapai.

“Semua kata sumbang & perlian saya telankan sahaja. Mujur, kewarasan mengatasi segalanya & kami tak putus asa,” katanya.

Ambil anak angkat sebagai penyeri rumah tangga

Tidak hanya mendiamkan diri, akhirnya Marina dan suami membuat keputusan untuk mengambil seorang anak angkat lelaki sebagai penyeri dalam rumah tangga dan juga pengubat hati mereka yang masih belum dikurniakan zuriat sendiri.

Biarpun hanya sebagai anak angkat, tetapi pasangan ini mencurahkan sepenuh kasih sayang dengan ikhlas dan anak tersebutlah menjadi penghibur hati mereka berdua.

Kami jaga & sayangkannya seikhlas hati. Setiap hari, dialah penghibur hati kami,” katanya.

Walaupun kehadiran anak angkat sudah berjaya menghiburkan hati mereka, namun masih wujud keinginan dalam seorang wanita terutamanya isteri yang mahu mencuba dan merasai sendiri nikmat pengalaman hamil darah daging sendiri.

Perjuangan ikhtiar zuriat diteruskan

Berkongsikan bahawa dirinya telah mencuba pelbagai usaha seperti pergi ke hospital, klinik dan turut menjalani perubatan tradisional di kampung. Dalam pada itu, Puan Marina juga turut menyedari bahawa dirinya mempunyai masalah hormon tidak stabil dan hanya datang bulan sebanyak dua kali dalam setahun.

Percaya dengan rezeki daripada Allah SWT, Puan Marina dan suami meneruskan ikhtiar untuk mendapatkan zuriat sendiri walaupun mereka sedar usia sudah tidak muda lagi.

Sehinggalah satu ketika, Puan Marina menemui minuman tambahan yang boleh membantu merawat kesihatan dalaman yang sesuai untuk para wanita yang sudah berkahwin dan merancang untuk hamil.

“Sampailah kebetulan saya dapat tahu mengenai set romantik jus MaMom Hope yang bantu merawat kesihatan dalaman wanita serta tambah kesuburan, saya pun pujuk suami untuk cuba sama-sama.

“Saya amalkan MaMom Hope untuk betulkan dalaman dulu sebab selama ni haid saya kadang datang dua kali sahaja dalam setahun mungkin disebabkan masalah hormon.

“Jus Enerjax pula suami amalkan bagi tambah tenaga sebab dia yang kuat bekerja selalu penat lepas balik rumah. Alhamdulillah, kesannya memang dirasai suami sebab dia cakap badan setiap hari rasa segar,” katanya.

Berita gembira paling dinanti, berjaya hamil anak pertama

Puan Marina juga berkongsikan dia mengalami keadaan yang sering mengantuk, sakit pinggang dan badan lesu setelah dua bulan mengamalkan jus tersebut. Sehinggakan, terdetik di dalam hati bahawa kesan tersebut adalah petanda bahawa dirinya mengandung.

Sehinggalah terdetik dalam hati selepas berhari-hari rasa tak sedap badan ‘aku ni mengandung ke?’

“Saya suruh suami beli kit kehamilan & saya buat ‘test’ malam itu juga sebab tak sabar nak tunggu lepas subuh.

“Timbul dua garis merah tapi saya macam tak percaya, betul ke ni?. Saya bagi tahu suami dia pun tak pasti & esoknya pergi lagi beli beberapa jenis kit kehamilan lain untuk buat ‘test’ sekali lagi.

“Semua kit tu menunjukkan keputusan yang sama, 2 garis merah! Syukur alhamdulillah, saya terkedu terkejut sehingga menangis tak tahu nak gambarkan perasaan betapa gembiranya saya waktu itu sebab positif hamil.

“Bayangkan, 14 tahun saya & suami tunggu nak anak akhirnya Tuhan makbulkan lepas kami tak jemu ikhtiar & berdoa,” katanya.

Allah bagi ‘hadiah’ dikala umur menjengah 40-an

Setelah lebih sedekad menantikan cahaya mata, pada tanggal 27 Jun 2019 merupakan hari paling bermakna baginya apabila dia selamat melahirkan Muhammad Adam Yusof, putera sulung dirinya dan suami.

“Anugerah terindah buat saya dan suami walaupun diusia yang sudah agak lewat. Kegembiraan dalam  tangisan penantian yang ditunggu-tunggu akhirnya Allah makbulkan.

“Saya tak henti ucapkan terima kasih pada suami kerana sentiasa sabar di sisi sepanjang tempoh perkahwinan kami dan juga keluarga yang tak putus-putus bagi kata semangat.

“Tak terkecuali terima kasih Allah sebab menjentik hati ini untuk cuba ikhtiar dengan jus MaMom Hope yang menjadi asbab kepada kehamilan ini di samping doa yang dipanjatkan kepada Nya setiap hari,” ujarnya.

Kini hamil anak kedua

Bersyukur dengan kehadiran anak yang pertama, kini Puan Marina dan suami sekali lagi mengukir senyuman di wajah apabila wanita ini disahkan pula hamil anak kedua. Berkongsi hantaran di Facebook miliknya, Puan Marina memaklumkan bahawa sedang sarat hamil anak kedua pada usianya meniti 41 tahun.

Tambah manis, kehamilan anak kedua ini juga adalah ‘baby MaMom Hope’ selepas berikhtiar hamil dengan jus ini sekali lagi pada tahun lalu. Beliau dijangka bersalin pada bulan ini, Oktober 2021.

Daripada pengalaman Puan Marina, percaya dengan rezeki Allah SWT dan tidak berputus asa dalam berikhtiar perlulah dijadikan sandaran kepada wanita-wanita yang sedang berjuang untuk hamil.

Seperti ikhtiar yang diamalkan oleh Puan Marina, jus MaMom Hope sebenarnya kaya dengan pelbagai kebaikan yang diperlukan oleh wanita yang ingin atau sedang berjuang untuk hamil. Kandungan herba terpilih seperti Mas Cotek, Kacip Fatimah & buah delima di dalamnya membantu stabilkan hormon, betulkan kitaran haid, tingkatkan kesuburan, kurangkan keputihan, atasi PCOS, menguatkan rahim & banyak lagi.

Selain MaMom Hope untuk isteri, suami juga perlu sama-sama berikhtiar untuk mendapatkan zuriat dengan mengamalkan Jus Enerjax yang dapat membantu tingkatkan kesuburan dan tenaga suami. Set lengkap ikhtiar hamil suami isteri (SET ROMANTIK) sangat sesuai diamalkan untuk pasangan yang sedang berikhtiar.

Enam tahun berada di dalam pasaran, jus MaMom Hope semakin dikenali dalam kalangan isteri dan telah membantu ramai pasangan yang berjuang untuk memiliki cahaya mata daripada darah dagingnya sendiri. Tidak salah untuk mencuba sesuatu ikhtiar, pasti akan ada hikmah disebalik sesuatu perkara yang terjadi kepada kita.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Jus MaMom Hope, sila layari laman Facebook  dan juga Instagram MaMom Hope HQ

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa