Seperti yang kita tahu, Keluarga Malaysia kini boleh ke luar negara untuk aktiviti pelancongan mulai hari ini. Penggunaan MyTravelPass untuk perjalanan keluar negara turut dimansuhkan kerajaan, susulan pembukaan sempadan yang diumumkan Perdana Menteri semalam.
Rakyat Malaysia kini boleh berkunjung ke luar negara tanpa permohonan dan alasan urusan rasmi seperti sebelumnya. Pun begitu, individu yang ingin melancong ke luar negara perlu lengkap vaksinasi dan menjalani kuarantin kendiri sebaik pulang ke tanah air.
Bagi memudahkan urusan perjalanan ke luar negara, anda kini boleh mencetak sijil digital vaksinasi dari MySejahtera sebagai bukti vaksinasi. Hanya perlu buka aplikasi, pergi ke bahagian sijil digital dan tekan butang ‘PDF’ untuk muat turun sijil vaksinasi bagi tujuan cetakan.
Untuk memudahkan urusan perjalanan ke luar negara, anda boleh mencetak sijil digital vaksinasi dari MySejahtera. #ReopeningSafely pic.twitter.com/fz9R8ABO0p
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) October 11, 2021
Sumber: KKM