Siakap Keli

Netflix Terbitkan Dokumentari ‘The Burari Deaths’, Kisah Misteri 11 Sekeluarga Ditemui Mati Tergantung

House of Secrets: The Burari Deaths merupakan dokumentari tiga bahagian yang merungkai tentang kematian misteri yang telah mengorbankan nyawa sebelas anggota keluarga di kawasan Burari, Delhi pada 2018.

Menurut sedutan pendek yang disiarkan, dokumentari ini akan membawa penonton melalui berbagai tahap penyiasatan serta mengungkapkan satu persatu kebenaran yang mengejutkan dan tidak dijangka mengenai kes Burari tersebut.

Keluarga Chundawat yang juga dikenal sebagai keluarga Bhatia oleh kejiranan mereka telah tinggal di rumah dua tingkat di kawasan Sant Nagar, Burari. Mereka telah berpindah dari kota asal mereka di Rajasthan kira-kira dua puluh tahun yang lalu. Keluarga ini telah mengusahakan kedai runcit dan perniagaan papan lapis di kawasan kejiranan itu.

Pada 1 Julai 2018, jam 7:15 pagi, kebiasaannya jiran Gurcharan Singh berjalan-jalan setiap hari dengan salah seorang mangsa yang telah meninggal dunia itu. Mereka tergerak hati untuk melawat Lalit Chundawat kerana sudah lama tidak melihat mangsa berjalan-jalan di pagi hari seperti kebiasaannya.  Kedai perniagaan mereka juga belum dibuka sedangkan selalunya kedai mereka akan dibuka seawal jam 6:00 pagi.

Setelah tiba di rumah mangsa, Gurcharan Singh mendapati pintu rumah itu terbuka dengan keadaan di mana sepuluh orang, termasuk Lalit Chundawat telah tergantung. Gurcharan Singh segera memanggil jiran lain dan menghubungi polis dengan kadar yang segera. Polis telah menerima panggilan sekitar jam 7:30 pagi.

Kematian Burari adalah kematian yang dilaporkan sebagai bunuh diri dan jenayah oleh sebelas anggota keluarga Chundawat di Burari, Delhi, India, pada tahun 2018. Sepuluh anggota keluarga itu ditemui tergantung, sementara anggota tertua iaitu nenek mereka telah dicekik.

Kes Kematian Burari ini telah mengejutkan semua masyarakat di seluruh negara dan menjadi tajuk utama pada tahun 2018. Menurut pengarah Leena Yadav, beliau berkata “Mengusahakan dokumentari ini sedikit sebanyak  telah mentakrifkan saya sebagai pembuat filem. Kes ini adalah salah satu dokumentari yang merungkai pelbagai kebenaran masyarakat yang tidak dapat diduga.

Dokumentari ini juga mendedahkan pelbagai kebenaran yang perlu diterima dan dibincangkan. Setelah mendalami kes ini, terlalu banyak persoalan yang timbul dan pendedahan mengenai masa-masa yang telah kami lalui. Saya berharap siri dokumen dapat mengungkapkan lebih banyak kes mengenai ‘kita’ (masyarakat) daripada ‘mereka’ (keluarga). ”

Sumber: Lifestyle Asia

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.