Mesti ramai yang tonton filem Squid Game kan? Filem aksi dari Korea ini telah mencipta fenomena baharu dalam kalangan peminat filem apabila menjadi trending serta Top 10 di Netflix ketika ini.
Dalam filem tersebut, terdapat beberapa permainan tradisi bangsa Korea yang dipertandingkan kepada 465 peserta yang masing-masing mahu mendapatkan hadiah lumayan, antaranya main tarik tali, ‘lampu merah lampu hijau’ dan lain-lain.
Menyentuh tentang main tarik tali, seorang Youtuber, Jin Yong Jin baru-baru ini ada menjalankan satu eksperimen untuk menguji sejauh manakah keberkesanan taktik yang digunakan dalam permainan itu.
Kalau anda perasan dalam Squid Game ketika perlawanan tarik tali, watak lelaki tua ‘pemain 001’ iaitu Oh Il Nam menggunakan taktik berdiri + mendongak ke langit semasa pihak lawan menarik tali dari arah bertentangan.
Hasilnya, pasukan lelaki tua itu berjaya kekal berdiri dengan statik tanpa berganjak, malah tali juga gagal ditarik oleh pihak lawan. Hasilnya, pasukan pemain 001 itu menang.
Berdasarkan babak ini, Jin Yong Jin tertarik untuk melihat sendiri adakah taktik berdiri + mendongak ini betul-betul ‘real’ menjadi ataupun sekadar gimik dalam lakonan. Jom lihat eksperimen itu di bawah ini.