Siakap Keli
Gambar: Sinar Harian

R&R Temerloh Kembali Meriah, Orang Ramai Berhenti Singgah Sejak Rentas Negeri Dibenarkan

Hentian rehat Temerloh merupakan salah satu kawasan rehat yang sering dipenuhi apabila tibanya musim percutian ataupun perayaan.

Walaubagaimanapun, disebabkan oleh pandemik ini kita tidak dibenarkan untuk merentas negeri. Perkara ini menjadikan kawasan Rehat dan Rawat tersebut sunyi.

Bermula hari semalam iaitu 11 Oktober 2021, keadaan di kawasan Rehat dan Rawat tersebut semakin dipenuhi ekoran pengumuman Kebenaran Rentas Negeri oleh Perdana Menteri.

Menurut Sinar Harian lagi, seorang pekerja disitu memberitahu bahawa kawasan hentian Rehat dan Rawat tersebut telah dikunjungi manusia sejak pagi lagi.

Dikongsikan juga oleh dua orang adik-beradik yang menetap di Kuala Lumpur menyatakan perasaan gembira dan tidak melepaskan peluang untuk pulang ke kampung di Kuantan setelah kebenaran diberikan.

Dapat juga dilihat menerusi gambar yang disertakan beberapa kenderaan melalui Plaza Tol Temerloh.

Sumber: Sinar Harian

 

Zahirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.