Naskah keluaran korea Selatan sememangnya sangat terkenal di pelbagai platform media. Terbaharu, sebuah drama bergenre Thriller telah menjadi sebutan ramai pihak di pelbagai sosial Media seperti Twitter, Instagram dan Tiktok. rata-rata pengguna sosial media tersebut membincang serta memberikan komen berkaitan kelebihan drama fenomena tersebut. Drama fenomena yang berjudul ‘Squid Game’ telah menjadi tontonan paling ramai ditonton di Netflix 13 buah Negara termasuklah Malaysia, Singapura, Vietnam dan Amerika Syarikat.
Terbaharu, pengarah drama ini iaitu Hwang Dong Hyuk berkongsi sebuah fakta yang mengejutkan ramai pihak terutamanya penonton setia ‘Squid Game’ ini.
Beliau memberitahu bahawa hakikatnya, skrip bagi drama ini telah siap dibuat lebih 10 tahun yang lalu. Pada masa itu kebanyakan produksi yang ditawarkan skrip tersebut merasakan bahawa cerita itu sangat tidak logik dan sukar untuk diterima akal. Selain daripada itu, para pelabur tempatan juga tidak percaya dengan naskah tersebut kerana menyifatkan bahawa drama ini berunsur keganasan dan terlalu sensasi.
Skrip drama popular ini telah ditulis semasa beliau tinggal bersama ibu dan neneknya. Namun begitu, penulisan skrip tersebut terpaksa ditangguhkan kerana beliau perlu menjual komputer ribanya demi mendapatkan duit.
Usaha beliau tidak sia-sia apabila akhirnya beliau mendapat berita yang sangat mengejutkan pada dua tahun lepas. Pihak Netflix telah membuat keputusan untuk menerima skrip hasil tangan Dong Hyuk dan dibahagikan kepada sembilan episode.
“Dunia kini sudah berubah ke arah kemajuan. Pada ketika ini, drama seperti ‘Squid Game’ ini sudah boleh diterima akal berbanding 10 tahun yang lalu.” kata Dong Hyuk.
Sumber: Getaran