Siakap Keli
Kredit: TikTok MySumber

(Video) Ada Kesan Retak Pada Cermin Kereta? Ini Cara Mudah Nak Hilangkan, Boleh Buat Sendiri Di Rumah

Kadang-kadang bila kita pandu kereta kita tak perasan pun ada bunyi cermin kereta kena batu ke apa kan? Tapi bila sampai je ke destinasi, kita tengok cermin depan kereta tiba-tiba ada je kesan retak. Dah la retak di cermin, terasa juga ‘retak’ di hati.

Walaupun kesan retak tu sikit, kita sebagai pemilik kenderaan mesti rasa macam tak puas hati dan tak senang duduk. Tapi, tak perlu risau kerana ada yang berkongsikan cara mudah nak hilangkan kesan keretakan kecil.

Seperti perkongsian di akaun TikTok Mysumber, cara untuk menghilangkan kesan retak pada cermin boleh dilakukan dengan menggunakan alatan khas. Alatan yang dimaksudkan ialah Windshield Repair Kit.

Kredit: TikTok Mysumber

Dalam Windshield Repair kit ni ada beberapa komponen yang disediakan. Ada beberapa film yang transparent, satu kaki spider dan juga cecair khas.

Sebelum kita nak guna Windshield Repair Kit tu, kita perlu cuci dulu permukaan kesan retak tu dengan menggunakan thumbtack sebab pada kesan-kesan retak tu ada lebihan kaca.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara bagi menghilangkan kesan retak pada permukaan cermin, anda boleh menonton video di bawah:

@mysumber

Cara Nak Betulkan Cermin Retak #TikTokGuru #JomBelajar #fypシ #foryoupage #LearnOnTikTok

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod

Sumber: TikTok Mysumber

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.