Siakap Keli

(Video) Mudah & Buat Sendiri Je, Ini Cara Nak ‘Lajukan’ Semula Laptop Korang

Rata-rata pengguna laptop pasti pernah mengalami pelbagai masalah semasa menggunakan peranti itu terutamanya berkaitan prestasinya yang sangat lembap atau perlahan. Masalah itu membuatkan kerja-kerja tertangguh dan tidak dapat disiapkan mengikut waktu yang telah ditetapkan.

Kebiasaannya, ia dikaitkan dengan ruang storan yang sudah penuh atau laptop tersebut telah ‘dijangkiti’ virus, spyware dan malware.

Bermacam cara dilakukan bagi meningkatkan semula kelajuan laptop itu namun terkadang ia tetap berada dalam keadaan sama.

Jangan risau, sebenarnya ada cara yang sangat mudah untuk meningkatkan kelajuannya iaitu hanya dengan menekan butang windows dan huruf R di papan kekunci.

Menerusi perkongsian @dayangverycantik di TikTok, selepas menekan dua butang itu, korang perlu memadam file-file yang tidak digunakan di ruang storan.

Nak lebih mudah faham dan jelas, jom tengok video dekat bawah ini. Semoga bermanfaat.

@dayangverycantik

Hack part 3!! #student #studentlifehack #fyp

♬ original sound – xxtristanxo

Mudahkan? Diharap perkongsian ini boleh membantu korang untuk mendapatkan semula kelajuan laptop dan boleh membuat kerja dengan lancar. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Sehingga kini, video itu telah ditonton sebanyak 2.2 juta kali di TikTok.

Sumber: dayangverycantik

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.