Siakap Keli
Gambar: Allkpop

Aktres Jelita Korea, Hwang Jung Eum Dilapor Hamil Anak Kedua Selepas Hampir Bercerai Tahun Lalu

Hwang Jung Eum yang begitu popular dengan drama bersiri She Was Pretty, Kill Me Heal Me dan Fullhouse Take 2 dikhabarkan telah mengandung anak kedua.

Pasangan ini dilaporkan berkenalan pada 2016. Sebulan selepas pengumuman perkenalan itu mereka telah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata pertama 8 bulan selepas perkahwinan mereka.

Pada September tahun lalu, pelakon tersebut dikatakan telah memfailkan dokumen perceraian setelah dikhabarkan tidak sehaluan lagi dengan suaminya itu iaitu Lee Young Don.

Tetapi, pada Julai lalu, pelakon tersebut bersama suaminya telah membatalkan dokumen perceraian mereka.

Pasangan itu tampak sudah bersedia dengan berita gembira itu dan bakal menyambut kelahiran anak kedua mereka pada tahun hadapan.

Sumber: Allkpop

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.