Siakap Keli

Berang Tak Dapat Jumpa Anak-anak, Seorang Lelaki Tergamak Memukul Isterinya

Seorang lelaki tergamak memukul isterinya kerana melarang suspek berjumpa anak mereka. Kejadian ini berlaku di rumah mereka yang berada di Taman Kosas pada Jumaat lalu.

Kejadian berlaku disebabkan suspek berasa marah kerana tidak diizinkan oleh mangsa untuk bertemu anak-anak mereka. Buka sesuka hati melarang, mangsa melakukannya atas sebab bimbang keempat-empat anaknya yang berusi lapan bulan sehingga tujuh tahun itu terkena jangkitan Covid-19. Hal ini dikatakan demikian kerana suspek sedang menjalani kuarantin di rumah.

Mangsa yang berusia 31 tahun telah membuat laporan dan telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner, Mohamad Farouk Eshak. Mangsa yang juga pekerja pusat jagaan melaporkan bahawa dirinya telah dimarahi oleh suaminya dengan kata-kata yang kesat. Tak cukup dengan itu, suspek yang berusia 35 tahun itu telah memukul dengan tangan dan kayu selain diacu garpu.

Kejadian yang berlaku pada 4 petang itu telah menyebabkan mangsa cedera di lengan kiri dan menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HSTM), Cheras.

Disebabkan kejadian ngeri tersebut, mangsa telah menghantar keempat-empat anak mereka ke rumah keluarganya di Cheras.

“Polis telah menahan suspek di rumahnya dan direman empat hari sehingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut” kata Mohamad Farouk.

Siasatan awal mendapati suspek tidak bekerja dan mereka sudah mendirikan rumah tangga sejak lapan tahun yang lalu. Saringan ujian air kencing mendapati suspek pisitif dadah jenis Methamphetamine. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 324A Kanun Seksaan serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Utusan Malaysia

" "