Siakap Keli
Gambar Via Daily Star

Dipercayai Untuk Ritual Ilmu Hitam, Lelaki Ditahan Bunuh, Gunting Mayat & Minum Darah Kawan Sendiri

Seorang lelaki dilaporkan telah ditahan kerana membunuh rakannya dan selepas itu memotong mayat mangsa dengan menggunakan gunting, membakar dan meminum darah dalam satu ritual ilmu hitam yang pelik.

Menurut Daily Star, suspek dipercayai telah melompat ke atas badan mangsa ketika mangsa sedang tidur di dalam sebuah rumah di Samambaia, berdekatan Brasilia, Brazil, pada 1 Oktober lalu.

Pihak polis percaya bahawa dia membunuh mangsa sebelum menggunting dan membawa bahagian badan mangsa ke dalam sebuah kereta terbiar di taman dan membakarnya.

Hasil maklumat dari orang awam, polis berjaya menemui tulang dan mayat yang hangus di tempat kejadian.

Tambah parah, pihak polis juga menjumpai darah di ruang tamu dan adanya ‘tanda-tanda’ ritual ilmu hitam di situ.

“Kami memasuki rumah itu dan dapat melihat unsur-unsur yang menunjukkan bahawa ada seperti kultus di sana dengan gambar 666 dan syaitan di dinding,” kata ketua polis, Rodrigo Carbone.

Suspek kemudiannya dilaporkan melarikan diri ke tapak ziarah penganut Kristian. Dia telah meminta makanan dan wang ketika berada di situ.

Dia akhirnya ditangkap berhampiran tempat kejadian setelah pulang ke rumah untuk mengambil barang.

Suspek difahamkan mempunyai rekod jenayah yang banyak termasuk 15 kesalahan jenayah kecurian. Dia juga dikatakan pernah menyerang ibunya dan diusir keluar dari rumah keluarganya.

Kini berada di dalam penjara dengan tuduhan pembunuhan dan penyembunyi mayat, suspek bagaimanapun menafikan melakukan jenayah tersebut.

Perbicaraan kes itu masih lagi sedang berlangsung.

Sumber: Daily Star

@thesiakapkeli

Orang selangor mana? Mana yg betul2 sedap ni🤔 #GreatestMakanHits #foodreview #selangor @tourismselangor

♬ original sound - Siakap Keli
" "