Siakap Keli
Gambar: Reddit & Rose Ramli

Kalau Jari Terkena Selumbar Atau Duri, Cuba Rendam Dalam Air Bancuhan Ini, Senang Keluarkan & Tak Sakit

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pernah tak ketika tengah fokus mengemas ranting-ranting pokok berduri yang baru dipotong, tiba-tiba jari anda tercucuk duri halus sampai sedikit berdarah?

Situasi lain yang hampir serupa, anda tengah mengetam kayu. Tiba-tiba jari anda tercucuk selumbar halus sampai masuk ke dalam isi jari dan susah nak dikeluarkan.

Situasi ini pasti buat anda rasa tidak selesa kan? Apatah lagi sudah cuba pelbagai cara nak keluarkan duri dan selumbar itu tapi tak berjaya. Jadi nak buat macam mana?

Jangan risau, ada petua mudah nak selesaikan masalah ini. Jom ikuti tips keluarkan duri dalam jari seperti yang dikongsikan oleh Rose Ramli di bawah ini. Selamat mencuba!

Petua keluarkan duri / selumbar yang tercucuk ke dalam jari

Petua yang baik kena kongsi.

Baru-baru ni saya sibuk menanam tetiba jari saya terkena pokok jarum tujuh bilah. Apalagi durinya melekat masuk dalam jari. Saya cuba keluarkan guna kepit kuku tapi gagal.

2 ke 3 hari ni jari dah mula bengkak sakit. Saya taruh Ivmist pun kejap je hilang sakitnya.

Saya pun tengok Youtube cara untuk keluarkan duri / selumbar.

Caranya ambil air suam campur garam (saya buat 3 sudu Kepci untuk secawan air ni) dan rendam jari.

Saya pun rendam jari sambil tengok TV. Rasanya tak sampai 30 minit, saya cuba tekan jari yang bengkak tu. Senang je duri meluncur keluar. Tak sakit langsung.

Sebelum ni saya cuba picit keluar, dahlah tak boleh, sakit pulak tu.

Tu yang saya bulatkan merah tu durinya. Memang kecik tapi sangat berbisa. Ada yang saya baca duri jarum tujuh bilah pernah bergerak ikut aliran darah dan mencederakan organ lain. Risau wei!

Alhamdulillah. Berjaya jugak petua ni.

Harap-harapnya sesiapa ada masalah macam saya ni boleh la cuba petua rendam air garam ni. Selamat mencuba!

Sumber: Rose Ramli

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'