Semua sedia maklum bahawa masyarakat masa kini sukakan kehidupan yang sihat dan mahu menurunkan berat badan. Bukan sahaja untuk kelihatan cantik malah untuk menaikkan semangat kendiri dan meningkatkan keyakinan diri.
Namun begitu bukan semua bahagian badan boleh kecil atau berubah bentuk dengan senama fizikal yang sering kita lakukan. Terutama sekali bahagian pipi, ada sesetengah orang yang badannya sudah kecil dan kurus tapi pipi mereka bulat dan chubby. Kebanyakkan orang akan mengatakan bahawa rupa tersebut comel namun, individu itu sendri merasa kurang keyakinan dengan penampilan mereka.
Dalam ruangan kali ini kita akan berkongsi sedikir cara atau tips berkenaan ‘Cara Unuk Menguruskan Pipi yang Chubby‘.
- LAKUKAN LATIHAN GERAKAN WAJAH
Senaman gerakan wajah ini dapat meningkatkan penampilan wajah, melambatkan penuaan, dan juga dapat meningkatkan kekuatan otot. Dengan melakukan senaman wajah secara harian akan membuatkan muka kelihatan lebih tirus dan meningkatkan keremajaan wajah.
Antara senaman muka yang popular ialah mengembungkan pipi dan mendorong udara dari satu sisi ke sisi lain, mengerutkan bibir secara berganti-ganti, dan senyum sambil menutup mulut dan mengatup gigi selama beberapa saat.
- SENAMAN KARDIO
Kebiasaannya lemak dimuka disebabkan oleh lebihan lemak dibadan. Untuk membuang lemak dimuka, lemak dibadan juga harus dibuang. Oleh itu, aktiviti senaman kardio ini dapat membantu meningkatkan pembakaran lemak dan membantu melangsingkan tubuh dan wajah.
Antara aktiviti kardio yang boleh dilakukan ialah berlari, menari, berjalan, berbasikal, dan berenang.
- MINUM LEBIH BANYAK AIR
Tidak asing lagi antara cara untuk menguruskan berat badan dan kekal sihat ialah dengan minum air masak yang mencukupi. Menurut Suara.com, kajian menunjukkan bahawa air dapat membuatkan anda meraa kenyang dan meningkatkan penurunan berat badan.
Minum air sebelum makan dapat menurunkan jumlah kalori yang akan diambil semasa makan dan meningkatkan jumlah kalori yang dibakar sepanjang hari untuk menurunkan berat badan.
Selain itu, minum air masak yang banyak juga dapat meningkatkan metabolisme tubuh dan dapat mengelakkan muka menjadi kembung.
- MENGURANGKAN PENGAMBILAN KARBOHIDRAT OLAHAN
Terdapat pelbagai jenis makanan yang berasaskan karbohidrat olahan, kuih-muih, biskut, dan pasta. Hal ini kerana kebanyakkan kuih dibuat daripada tepung. Karbohidrat ialah makanan yang utama menyebabkan berat badan naik.
Karbohidrat olahan ini juga dapat meningkatkan kadar gula dalam darah dan menyebabkan makan berlebihan. Dan ini akan menyebabkan pengumpulan lemak.
- TIDUR YANG MENCUKUPI
Tidur yang cukup dan berkualiti adalah stratergi penurunan berat badan yang penting secara keseluruhan, dan juga dapat mengecilkan muka.
Kurangnya watu tidur akan menyebabkan peningkatan kadar kortisol iaitu hormon stres. Kebanyakan kajian dapati apabila stres kita selalu lapar hal ini kerana keadaan tersebut meningkatkan nafsu makan kita dan mengubah metabolisme yang menghasilkan penyimpanan lemak.
Sebaiknya, tidur yang mencukupi sekurang-kurangnya ialah selama 8 jam.
Sumber: Suara.com