Siakap Keli
Gambar Via Bernama

TERKINI: Kerajaan Negeri Benarkan Rentas Negeri, Kini Boleh Melancong Ke Sabah Mulai 1 November

Kerajaan negeri Sabah hari ini telah bersetuju untuk membenarkan rentas negeri mulai 1 November 2021.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, kerajaan berpuas hati dengan laporan peratus vaksinasi lengkap negeri Sabah setakat 11 Oktober 2021 yang telah melebihi 70%.

Bagaimanapun, kemasukan ke Sabah yang meliputi lawatan sosial dan pelancongan itu tertakluk kepada beberapa syarat iaitu hanya individu yang telah lengkap divaksin, perlu menjalani ujian COVID-19 RT-PCR atau RTK-Ag (Swab/Saliva) dalam tempoh tiga hari sebelum perjalanan.

Bukan itu saja, remaja berumur 12 hingga 18 tahun yang ingin memasuki Sabah perlu sekurang-kurangnya telah mendapat satu dos vaksin dan kanak-kanak di bawah 12 tahun ditemani oleh ibu bapa yang telah lengkap vaksin.

Dalam pada itu, rentas daerah juga dibenarkan di seluruh negeri itu mulai esok (14 Oktober 2021).

Sumber: Masidi Manjun

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.