Siakap Keli
Gambar: @faktahub

(Video) Penyelam Temui Plastik Hitam, Isinya Bikin Meremang Dipercayai Tanah Kubur Untuk Tujuan Santau

Seorang penyelam skuba dilaporkan menemui satu bungkusan misteri yang yang berisi batu di bawah dasar laut.

Ketika dibuka, isinya telah membuatkan sebilangan besar warganet meremang.

Video yang memaparkan seorang penyelam menemui dan membongkar bungkusan misteri itu telah dikongsikan oleh sebuah akaun TikTok bernama @faktahub.

Bungkusan tersebut telah ditemui di dasar laut oleh penyelam yang tidak diketahui identitinya.

Penyelam itu dapat dilihat membuka bungkusan yang berisi dengan batu sebagai pemberat. Setelah batu itu dialihkan, dipercayai terdapat kain kafan untuk melakukan sihir teriisi dalam bungkusan berkenaan.

Juga dapat dilihat terdapat seakan tanah juga turut terkeluar sebaik penyelam itu membuka bungkusan terbabit.

Menurut portal Media Blitar, tanah itu didakwa merupakan tanah yang diambil dari tanah perkuburan.

Sebahagian besar warganet mendakwa bahawa bungkusan tersebut adalah barangan sihir yang sengaja di buang ke dalam laut.

Difahamkan bahawa jika bungkusan misteri itu tidak dibongkar, orang yang disihir itu akan meninggal dunia.

Secara tidak langsungnya, penyelam tersebut telah menyelamatkan 1 nyawa yang disyaki terkena sihir itu.

@fakta.hub

From instagram @merindink #fyp

♬ Naz Dej Lovely – Naz Dej

“Itu sihir tanah perkuburan kan, nasib baik ianya dibuka. Kalau tak pasti ada nyawa yang melayang,” ujar warganet.

“Secara tidak langsung, si penyelam itu telah menyelamatkan 1 nyawa, untuk para penyelam, kalau jumpa bungkusan yang macam itu tolong buka ya,” ujar yang lain.

“Itu sihir, kalau tak jumpa tu, susah orang yang terkena tu nak sembuh dari disihir,” seorang lagi warganet memberikan komen.

Sumber: Media Blitar

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.