Seorang peniaga lelaki berdepan detik cemas apabila jari tangan kirinya dilapor hampir hancur selepas tersepit pada mesin air tebu.
Kejadian ngeri itu berlaku di Taman Dato’ Shahbandar, Seremban pagi tadi seperti yang dilaporkan Bernama menerusi Twitter hari ini.
Foto-foto detik cemas tersebut sempat dirakam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, serta turut dikongsikan semula melalui Bernama.
Kenyataan penuh kes tersebut daripada pihak bomba akan dimaklumkan dalam laporan selanjutnya. Berita lanjut menyusul.



Sumber: Bernama