Siakap Keli
Gambar: TheMirror

Kerusi Roda Adik OKU Ini Dilapor Hilang, Ditemui Dijual Di Dalam Facebook

Seorang kanak-kanak yang berusia lima tahun dilaporkan telah kehilangan kerusi rodanya pada awal pagi Sabtu 9 Oktober lalu. Kanak-kanak tersebut mengalami Cerebral Palsi (CP) yang merupakan masalah gangguan bagi mengawal kedudukan dan pengaktifan badan disebabkan kerosakan yang berlaku pada otak yang sedang berkembang.

Berikutan itu, dia terpaksa menggunakan kerusi roda bagi membolehkannya bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Dilaporkan bahawa ibunya Natalie Roberts menyatakan ketidakpuasan hatinya apabila kerusi roda milik anaknya telah dicuri dari kediaman mangsa itu sendiri iaitu di Rosedale Gardens, Roseworth, County Durham.

Tetapi, hal jadi lebih mengejutkan apabila dua hari selepas itu iaitu pada hari Isnin, kerusi roda milik anaknya itu telah dipulangkan kembali kepada mangsa. Hal ini berikutan, terdapat seorang individu yang begitu baik hati telah menemui kerusi roda itu di laman media sosial Facebook. 

Individu tersebut dilaporkan telah menjumpai sebuah kerusi roda yang dijual dalam media sosial, dan dia telah bertindak membelinya dengan harga 40 paun sterling iaitu hampir-hampir  bernilai RM230.

Kemudian individu tersebut telah memulangkan kembali kepada tuan asal kerusi roda tersebut apabila dia menyedari bahawa kerusi roda tersebut merupakan barang yang dicuri.

Dilaporkan bahawa polis akan menjalankan siasatan lanjut mengenai kes ini.

Sumber: TheMirror

Nadhirah