Siakap Keli
Gambar : The Sun via Getty Images

“Makanan Adalah Kehidupan”, Michelle Keegan Dedahkan Rahsia Kecantikannya

Michelle Keegan telah mendedahkan rahsia tampil menawan dengan makanan yang digemarinya setiap hari. Sementara bagi selebriti-selebriti lain, seperti Victoria Beckham, mengamalkan cara pemakanan yang sihat dengan menghindari makanan yang berlemak atau berkarbohidrat untuk kekal langsing, namun tidak bagi Michelle Keegan.

Michelle, 34,  menerangkan menu makanan yang diambilnya, seperti biskut, secawan teh, roti, kerepek dan perasa pada setiap hari ketika bercakap di podcast Off Menu.

“Saya suka makan. Bagi saya, makanan adalah kehidupan. Dari saat saya bangun, fikiran saya hanya makanan. Perkara pertama yang saya fikir adalah biskut dan secawan teh”, kata bintang Brassic itu.

Michelle, yang berasal daripada Stockport itu berkata bagi orang yang berasal dari Utara, teh dan biskut merupakan sarapan pagi wajib. Kata beliau lagi, makanan seperti itu dapat menaikkan seleranya dengan memulakan makanan manis sebelum makan makanan yang sedap.

“Jujur saya katakan, saya sebenarnya cukup kenyang dari malam sebelumnya. Sebilangan masa itu saya makan makanan yang masin seperti kerepek atau ham dengan roti bakar”, lanjut Michelle lagi.

Ulas Michelle lagi, beliau amat gemar kerepek yang sedap dengan banyak garam dan cuka. Dan kemudian akan mengambil sedikit sos gravvy,  mayonis dan roti Iris yang tebal.

Peminat Michelle Keegan pasti akan berasa cemburu dengan minatnya terhadap makanan berat, tetapi dapat mengekalkan penampilan yang ramping dan atlet.

Sumber : DailyMail Online

Fathin Nadzira