Siakap Keli
Gambar: @_Afnanfaiq

Nak Balik Kampung Tapi Tak Nak Sangkut Jem? Ini Cara Nak Tengok Secara ‘Live’ Kesesakan Lebuhraya Malaysia

Susulan pengumuman kebenaran rentas negeri oleh Perdana Menteri Malaysia baru-baru ni, maka ramailah rakyat Malaysia yang telah lengkap dua dos vaksinasi mengambil peluang untuk pulang ke kampung dan melancong ke negeri-negeri lain.

Maka kebanyakan lebuhraya di Malaysia kini kembali sibuk dah macam musim perayaan. Berderet-deret kenderaan yang meluncur di lebuhraya sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Bagi yang nak merentas negeri tapi nak rancang perjalanan untuk elak kesesakan lalu lintas, perkongsian di laman Twitter @_Afnanfaiq ni mungkin dapat membantu. Ikuti perkongsian di bawah.

Check kesesakan highway di portal LLM

Kalau korang plan nak rentas negeri, selain dari Apps Waze, korang boleh jugak check kesesakan highway melalui portal rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Korang akan dapat Live Picture berapa banyak kereta sedang lalu dkt highway tersebut. Memang function untuk plan perjalanan.

Korang search je Lembaga Lebuhraya Malaysia. Then, pilih lebuhraya mana yang korang nak usha. Nanti akan appear live view dari setiap camera yang ada dekat highway tu.

Gambar: @_Afnanfaiq

Bagi yang kurang jelas macam mana nak akses status trafik semasa di laman web LLM ni, boleh ikuti panduan di bawah:

1. Layari laman web rasmi LLM di pautan ini

2. Klik ‘Paparan penuh CCTV’ di bahagian ‘Status Trafik Semasa’

3. Klik ‘Sila Pilih Lebuhraya’ dan pilih salah satu lebuhraya dalam senarai

4. Paparan CCTV lebuhraya pilihan akan keluar macam gambar di bawah

Jangan lupa rancang perjalanan dengan baik dan hati-hati ketika memandu!

Sumber: Twitter @_Afnanfaiq

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.