Siakap Keli

Semua Operasi Dalam Sektor Pembinaan Dibenarkan Tanpa Surat Kebenaran CIMS MITI

Semua operasi di dalam sektor pembinaan tidak lagi memerlukan surat kebenaran  melalui COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0. Ini susulan  pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung  kebenaran merentas negeri di seluruh negara bagi mereka yang telah menerima  vaksinasi lengkap. 

Walaubagaimanapun, operasi di dalam sektor pembinaan masih tertakluk kepada  prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) semasa. Bagi  memastikan wabak COVID-19 dapat dibendung di tapak pembinaan, semua penggiat  industri diingatkan supaya mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian  Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Malaysia (MKN). 

Semua pekerja hendaklah dipastikan bebas daripada COVID-19 sebelum dibenarkan  bekerja di tapak bina. Majikan perlu memastikan semua pekerja mengimbas My  Sejahtera atau mengisi buku kehadiran sebelum memulakan kerja setiap hari.  Seandainya mana-mana pekerja di dapati mempunyai gejala COVID-19, mereka  perlu menjalani ujian saringan COVID-19. Sekiranya terdapat kes positif COVID-19 di  tapak bina, majikan perlulah melaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD). 

Selain mematuhi SOP MKN, penggiat industri juga perlu terus memastikan semua  peruntukan Akta 520 termasuk Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan  Penyakit Berjangkit 1988) dan Akta 446 (Akta Standard Minimum Perumahan dan  Kemudahan Pekerja 1990) adalah dipatuhi setiap masa. 

YB DATO’ SRI HAJI FADILLAH HAJI YUSOF 

MENTERI KANAN KERJA RAYA  

13 OKTOBER 2021

Nur Farra