Siakap Keli
Gambar: The Vocket

Serangan Ala-ala “Hawk Eye”, Lima Orang Awam Dilapor Maut Dipanah Individu Tak Dikenali Di Norway

Lima orang awam terbunuh dan sekurang-kurangnya sebanyak dua yang lain tercedera akibat diserang oleh busur dan panah dalam serangan di bandar Kongsberg di Norway. Suspek yang dipercayai dalang disebalik serangan ini dikhabarkan sudah pun ditahan dan dipercayai bertindak seorang diri dalam serangan malam berdarah di Norway.

Menurut ketua polis daerah Drammen  Øyvind Aas, beliau menyatakan bahawa kemungkinan serangan tersebut adalah dari tindakan pengganas. Namun begitu, masih awal untuk mereka membuat kesimpulan kerana suspek tersebut belum lagi disoal siasat.

Polis menerima panggilan kecemasan pada jam 6:13 petang waktu tempatan, pemanggil melaporkan bahawa mereka melihat seseorang berjalan dengan “busur dan panah.”

Ketua polis tersebut menambah lagi, ” Salah seorang mangsa yang tercedera ialah seorang anggota polis yang tidak bertugas yang berada disebuah kedai,” katanya lagi, “Mangsa sudah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.”

Berdasarkan undang-undang Norway, pegawai perlu mendapatkan keizinan untuk menggunakan senjata api namun ekoran kejadian ini, polis diarahkan untuk sentiasa membawa senjata api sebagai langkah berjaga-jaga.

Hal ini kerana, polis masih lagi tidak mempunyai petunjuk yang nyata sama ada akan ada perubahan tahap ancaman di negara tersebut.

Serangan ini bukanlah kejadian pertama yang berlaku di Norway, pada Julai 2011, Anders Behrig Brevik merupakan seorang ekstremis sayap kanan Norway telah membunuh 77 orang.

Kejadian yang meilbatkan serangan bom dan senjata api tersebut telah meragut banyak nyawa dan kebanyakkan mereka ialah remaja. Lelaki tersebut dijatuhkan hukuman penjara selama 21 tahun.

Sumber: The Vocket

" "