Siakap Keli
Gambar : Via Better Life Hacks

Tak Sempat Bersiap? Ini Antara Tips Berhias Untuk Wanita Yang Selalu Tergesa-gesa

Tidak ada apa yang lebih memeningkan jika anda tergesa-gesa  untuk bersiap dengan cepat. Pada mulanya, kelihatan cantik dan ok, tetapi apabila ditilik eyeliner sengetlah, rambut tidak terurus dan yang lebih teruk ada benjolan pada bahagian belakang.

Secara ringkasnya, ada sahaja yang tidak kena dan kurang memuaskan. Sebab itulah bersiap secara tergesa-gesa ini lebih mengerikan dan boleh menyebabkan individu kelam kabut . Itulah sebabnya kami kongsikan tips-tips yang berguna untuk anda bersiap tanpa berlaku insiden kecil di rumah.

  1. Pastikan tempat bersiap kemas dan rapi. Dengan cara ini mudah untuk mencari barang anda. Pastikan hanya membuat solekan tipis dan cepat supaya tidak terlambat.
  2. Praktis pada hari minggu. 
  3. Gunakan produk pelbagai fungsi. Sama ada menggunakan pemerah pipi dan bibir.
  4. Pegang kapas muka atau tisu pembasmi solekan. Mudah untuk membetulkan solekan.
  5. Perancangan awal
  6. Gunakan syampu atau perapi 2 dalam 1. Tidak perlu syampu dan perapi rambut secara berasingan.
  7. Rancang masa. Kedengaran pelik, tapi jika tergesa-gesa pasti akan melakukan kesalahan.
  8. Mempunyai 3 gaya rambut yang mudah digunakan untuk setiap jenis rambut setiap hari. Disyorkan gaya rambut yang mudah dan cepat, seperti gaya elegan.
  9. Barang-barang disediakan awal malam sebelumnya. Tidak digalakkan untuk memakai solekan sebelum tidur, tetapi anda boleh letakkan barang yang perlu sahaja.
  10. Gunakan gincu. Idea yang baik untuk nampak lebih segar atau “fresh look“.
  11. Guna syampu kering. Sekiranya tidak cukup masa tetapi masih perlu syampu rambut, syampu kering atau dry shampoo merupakan penyelesaian yang baik. Hanya semburkan pada bahagian kulit kepala dan sikat dengan penyikat atau jari.
  12. Guna jari sahaja. 
  13. Guna tuala fabrik microfiber untuk rambut. Rambut akan lebih cepat kering tanpa merosakkan rambut.
  14. Dengar lagu yang optimis. Mudah untuk anda bangun dan bersiap dengan kadar segera.

Sumber : Better Life Hacks

Fathin Nadzira