Siakap Keli
Gambar: Google

Teruja Buat Parti “Baby Shower” Anak Pertama, Wanita Sedih Tetamu Seorang Pun Tak Datang

Baby Shower atau lenggang perut merupakan sebuah acara yang sering dilakukan untuk memberitahu jantina anak yang bakal lahir. Kebiasaannya acara ini ialah acara yang paling dinanti-nanti oleh ahli keluarga.

Berbeza dengan seorang ibu muda ini. Hari bahagianya bertukar menjadi sayu apabila acara yang dilangsungkan tidak mendapat sambutan. Ibu muda bernama Annie melalui akaun TikToknya menceritakan bahawa tidak ada seorang pun yang datang ke majlis tersebut.

Tambahan lagi, anak yang dikandungnya ketika itu ialah anak pertama, bahkan ibunya sendiri turut tidak hadir ke acara tersebut.

Didalam video tersebut wanita itu menyatakan “Hari ini ada majlis baby shower, saya tunggu lama namun tiada seorang pun yang hadir.”

Menurut Annie lagi di ruangan komen ketika seorang warganet bertanya “Bukankah baby shower dilakukan sebelum anak lahir?” Annie menjawab “Sesetengahnya buat sebelum anak lahir sesetengahnya tidak. Kita tidak perlu selalu mengikut kebiasaan yang ditetap orang lain.”

Melihatkan kesedihan ibu muda ini, ramai pengguna TikTok merasakan kesedihan yang dicerita olehnya dan menunjukkan sokongan mereka di ruangan komen. Antara mereka yang memberikan sokongan kepada wanita ini dan ada juga anataranya berkongsi cerita duka diruangan komen tersebut.

“Kami semua ada disini bersama awak.”

“Saya juga pernah lalui hal yang sama ketika melahirkan anak kedua saya.”

 

“Saya tahu perasaan itu. Pernah saya sambut hari jadi anak saya tapi dia bermain sendirian kerana tiada orang datang.”

Tidak kurang juga yang menawarkan untuk memberi sedikit hadiah untuk menyambut bayi tersebut.

“Saya nak bagi sesuatu pada awak. Awak dan anak awak patut disambut kerana anak adalah anugerah Tuhan.”

Namun begitu tidak kurang juga dengan mereka yang menyatakan ketidak puasan hati melihat video tersebut. Kata mereka ibu muda tersebut sengaja menceritakan kisah itu kerana inginkan hadiah dari warganet. Ada juga yang mengatakan bahawa dia sedih kerana tidak orang datang memberikan hadiah kepada mereka berdua.

Sumber: suara.com, TikTok 

" "