Siakap Keli
Gambar: FB Westlife

(Video) Band Pop ‘Lejen’, Westlife Muncul Dengan Album Baharu ‘Wild Dreams’ 26 November Ini

Band lelaki popular dari Ireland yang cukup terkenal dengan lagu-lagu bergenre pop, Westlife akan melancarkan album baharu mereka pada 26 November ini.

Album baharu berjudul Wild Dreams itu dibawakan dengan single pertama, Starlight yang akan mula dimainkan secara rasmi pada 14 Oktober hari ini.

“Kami sangat teruja untuk kembali dengan muzik baharu! Album baharu kami dinamakan sebagai Wild Dreams, menyentuh mengenai permulaan sesuatu yang baharu, harapan dan pencarian masa depan.

“Single pertamanya Starlight akan dilancarkan 8 pagi esok (hari ini),” maklum band tersebut menerusi Facebook semalam.

Merujuk Retro Pop Magazine, sebanyak 11 lagu akan dimuatkan dalam Wild Dreams iaitu Starlight, Alone Together, Wild Dreams, Lifeline, Alive, Rewind, Do You Ever Thinking Of Me, My Hero, End Of Time, Magic dan Always With Me.

Sebelum ini, album terakhir dilancarkan mereka pada 2019, iaitu Spectrum pernah mencetus fenomena hingga pernah menduduki kedudukan teratas dalam carta muzik di UK.

Mengimbas kembali, Westlife amat popular dengan lagu-lagu bergenre pop sejak sekitar 1999 seperti Swear It Again, Flying Without Wings, If I Let You Go, Soledad, Uptown Girls dan lain-lain.

Sumber: FB Westlife / Retro Pop Magazine / Twitter / Wikipedia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.