Siakap Keli

(Video) Lelaki Ini Buat Tutorial Cara Buka Pintu, Dapat Lebih 2 Juta Tontonan, Ramai Puji “Sangat Berguna”

Sejak dilancarkan pada tahun 2005, Youtube sentiasa menyediakan ruang dan peluang kepada pengguna untuk mencipta pelbagai kandungan video yang menarik.

Ia juga menjadi platform untuk orang ramai mendapatkan pelbagai informasi terutama mengenai life hacks atau tips berkaitan gaya hidup. Walaupun sesetengah tips yang dikongsikan mungkin kelihatan mengarut dan pelik namun ia tetap mendapat perhatian ramai.

Seperti video di saluran How To Basic ini yang sentiasa berkongsikan cara-cara untuk membuat sesuatu yang ‘luar biasa’. Salah satunya ialah video mengenai cara untuk membuka pintu.

Video berdurasi 15 saat yang dimuatnaik pada tahun 2012 itu dilihat telah ‘membantu’ ribuan orang untuk membuka pintu dengan betul. Sehingga kini, video itu telah ditonton sebanyak 2.7 juta kali dan dihujani komen-komen netizen yang ‘berpuas hati’ dengan ‘tips’ yang telah dikongsikan tersebut.

Jika ada yang ‘belum tahu cara buka pintu’, bolehlah tengok video dekat bawah ini.

Walaupun telah dimuatnaik sejak sekian lama, namun sehingga kini video itu tetap dihujani dengan komen-komen yang sarkastik.

Sumber: How To Basic

" "