Satu video yang memaparkan seekor ikan besar melompat keluar daripada permukaan sungai telah menjadi tular di media sosial.
Rakaman yang menakjubkan tersebut telah dikongsi menerusi satu akaun Instagram kaki pancing bernama @Yvesbissonsturgeonco.
Video yang dimuat naik pada 17 Julai yang lalu memaparkan seorang kaki pancing sedang menarik jorannya dari atas bot. Secara tiba-tiba seekor ikan gergasi telah muncul dan melompat daripada permukaan air sungai berkenaan.
Kesemua kaki pancing yang berada di atas bot berkenaan berteriak dan kagum akan insiden tersebut. Dipercayai bahawa ikan tersebut adalah ikan sturgeon.
Tidak dapat dipastikan dimana video tersebut dirakam. Namun begitu, video terbabit telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 75 ribu kali.
View this post on Instagram
Sumber: @Yvesbissonsturgeonco