Siakap Keli
Gambar: Viral Terkini

(Video) Viral Lelaki Solat Di Tengah Jalan, Polis Trafik Turun Kawal Lalu Lintas

Satu video yang memaparkan tindakan seorang lelaki nekad bersolat di tengah jalan raya telah menjadi tular di media sosial.

Menurut Kosmo, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Jalan Kuching semalam.

Video yang berdurasi selama 29 saat itu memaparkan seorang lelaki sedang bersolat di atas jalan raya sambil tidak menghiraukan keadaan sekeliling.

Anggota polis trafik yang berada di situ terpaksa memantau lalu lintas yang sesak itu gara-gara tindakan lelaki tersebut.

Tindakan anggota polis trafik berkenaan juga turut meraih pujian ramai kerana menunggu lelaki tersebut selesai solat sambil mengawal lalu lintas di jalan berkenaan.

Tidak dapat dipastikan berkenaan siapa atau apa masalah lelaki itu, namun video berkenaan telah menjadi tular di media sosial.

 

 

Sumber: Kosmo/Viral Terkini

Aqmal Ezany

I write what is right