Siakap Keli
Gambar hiasan | Kredit: Creativeshory

Wanita Dedah Sesi PdPR Diceroboh, Kumpulan Pengacau Kongsi Gambar Lucah, Buat Bising & Ambil Alih Kelas Google Meet

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Baru-baru ini tular di media sosial isu mengenai kewujudan sebuah group di aplikasi Telegram yang didakwa berfungsi sebagai ‘lubuk’ untuk mengacau aktiviti persekolahan yang diadakan oleh guru dengan pelajar.

Group yang dipercayai ditubuhkan oleh individu tidak dikenali itu didakwa bertujuan untuk melakukan ‘pencerobohan’ ke atas mana-mana kelas online ketika sesi Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) berlangsung.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai F (bukan nama sebenar) mendakwa, pada awalnya dia menyedari kewujudan group tersebut di aplikasi Telegram miliknya baru-baru ini.

Katanya, sesi kelas online menerusi aplikasi Google Meet yang disertai anak bongsunya ‘diserang’ oleh individu luar secara tiba-tiba. Malah dakwanya, rakan-rakan anaknya juga turut ‘ditendang’ keluar dari group tersebut.

Untuk mengetahui isu ini dengan lebih mendalam, ikuti perkongsian F seperti yang dikongsikan di bawah ini.

Gambar hiasan | Kredit: Tech Advisor

**** Raid

Have you heard about this? Sebagai seorang ibu yang punyai 3 anak yang jalankan PDPR, hari ni baru aku tahu istilah ‘**** Raid’ from my kids.

I accidentally know about this apabila anak bongsu aku, turun inform bagitahu his Gmeet class kena raid. Semua dalam tu kena kicked out. Itu kelas perbincangan kertas percubaan UPKK. Allahu.

Aku ni tak faham sangat macam mana boleh kena raid walhal link kelas hanya dikongsi guru kepada ibu bapa dan pelajar. Macam mana link tu boleh dapat kat orang lain dan mereka raid beramai-ramai.

Boleh la cikgu-cikgu dan parents baca tentang **** Raid ni so that in future, we need to properly secured the link in order to avoid this kind of event from happening. How is the link being accessible to others outside the school group?

My son informed me ada banyak group kat Telegram with the name of **** raiders and what not. Dalam group tu akan ada beratus-ratus ahli. Akan ada seorang daripada ahli tepek mana-mana link kelas yang diperoleh dan akan inform ahli group untuk serang beramai-ramai.

Maka, mereka ini akan masuk link kelas tersebut beramai-ramai, post macam-macam gambar etc, porno semua pun ada. Tujuannya adalah untuk mengganggu sesi kelas tersebut. At the end, ahli asal Gmeet will be kicked out / removed from group.

Hmm. This is why when we used online media in our daily life, we need to protect from these kind of disturbances. Make sure it is totally secured. You never know when will you be attacked by these bunch of people.

Do ensure that our kids does not involved in that kind of activities.

Kat bawah ni aku screenshot one of the tele (Telegram) **** Raid ********. Seriously, ada anak-anak sekolah rendah lagi. Yang ni gaya newbies share Gmeet kelas-kelas sekolah masing-masing.

So beware ya parents. Diorang share Gmeet link untuk attack ramai-ramai. Macam mana diorang hack, pandai ke. Kebolehan anak-anak jangan dipandang rendah. Anak aku lagi terer bab-bab IT ni dari ibu dan ayah dia.

Parents take note ya. Check la group WhatsApp ke Telegram ke atau apa je yang anak-anak ni join. Tengok la Telegram description info tu. Ni kalau anak aku join memang kena pelangkung. What is wrong with the kids nowadays.

Sumber: FB
Sumber: FB
Sumber: FB
Sumber: FB
Sumber: FB

Sumber: Facebook

" "