Siakap Keli

Bau Durian Punca Penduduk Canberra, Di Australia Cemas Hingga Diarah Jauhi Kawasan Sekitar

Laporan ‘kebocoran gas’ dengan bau yang pelik dan busuk disebuah kedai di Canberra, Australia pada 15 Oktober lalu telah mencetuskan kekecohan sehingga menyebabkan Agensi Perkhidmatan Kecemasan Wilayah Ibu Kota Australia (ACT) ‘campur tangan’.

Menurut laporan media tempatan, anggota bomba dan penyelamat telah dikerah untuk menyiasat punca kebocoran serta menggesa orang awam untuk menhindari kawasan tersebut.

Setelah satu jam melakukan siasatan, pihak bomba mengesahkan bahawa bau ‘pelik’ itu berpunca daripada sebiji durian.

Menerusi perkongsian Facebook ACT menulis “Ia bukanlah kebocoran gas, tapi buah durian. Buah ini memberi bau yang kuat hingga boleh dibau daripada jarak jauh. Selepas siasatan teliti, kami mengesahkan bau ini adalah ‘punca’ kejadian.”

Facebook post itu telah mendapat perhatian orang ramai yang rata-rata terkejut serta turut terhibur dengan pemakluman tersebut.

Sumber: ACT Emergency Services Agency

Nur Farra