Menjadi individu yang terkaya di dunia, Elon Musk sentiasa ‘menuai’ perhatian pengguna media sosial terutama di Twitter. Apa saja yang diciap olehnya pasti akan menjadi topik hangat dan diulang kicau oleh jutaan netizen. Bahkan, ada sesetengah darinya yang memberikan keuntungan kepada pasaran saham.
Untuk rekod, pengasas Tesla dan SpaceX itu pernah menjadi punca kepada peningkatan harga Bitcoin sebanyak 14%, dek kerana tag #bitcoin yang ditulis di laman profil Twitternya.
Terbaru, Elon Musk sekali lagi menjadi tumpuan apabila berkongsikan mengenai rekomendasi anime kegemarannya setelah ditanya oleh seorang pengguna Twitter.
Menerusi ciapan itu, Elon menyenaraikan tujuh anime yang ditonton olehnya iaitu ‘Death Note’, ‘Evangelion’, ‘Ghost in the Shell’, ‘Spirited Away’, ‘Princess Mononoke’, ‘Full Metal Alchemist’ dan ‘Your Name’.
Death Note, Evangelion, Ghost in the Shell, Spirited Away, Princess Mononoke, Full Metal Alchemist, Your Name
— Elon Musk (@elonmusk) October 14, 2021
Sehingga kini, ciapan tersebut telah mendapat sebanyak 61.4 ribu tanda suka dan diulang kicau lebih 15 ribu kali.
Ia juga merupakan susulan daripada ciapan awalnya yang berseloroh mengenai keterujaannya untuk terlibat dalam permainan video, Gengshin Impact, selepas beredarnya khabar angin sejak beberapa hari yang lalu.
Can’t wait to be in Genshin Impact 🤣
— Elon Musk (@elonmusk) October 14, 2021
Sumber: Elon Musk