Siakap Keli
Gambar : Google via iluminasi.com

“Kalau Tak Berduit, Takyah Kunci Pintu”, Pencuri Titip Nota Kecewa, Penat Pecah Masuk Rumah Tapi Tiada Barang Nak Dicuri

Kecewanya apabila kediaman yang dipecah masuk tidak mempunyai barang berharga dan wang untuk dicuri, seorang pencuri meninggalkan sebuah catatan buat tuan rumah tersebut di Dewas, India. Kata pihak polis, catatan itu ditulis oleh pencuri tersebut setelah menggeledah rumah tersebut dengan bertanya “mengapa rumah dikunci sedangkan tiada wang yang disimpan”.

Salinan nota itu juga disiarkan di media sosial di mana pencuri itu meluahkan rasa kekecewaanya kerana tidak menemui sebarang barang yang berharga untuk diambil.

Bagaimanapun, Polis Kotwali berkata sebanyak Rs 300,000 tunai dan barangan kemas telah dicuri daripada kediaman tersebut.

Tuan kediaman mendapat tahu mengenai kecurian ini ketika pulang ke rumah pada malam Sabtu selepas selang dua minggu. Kebetulan, pegawai polis daerah juga turut tinggal di kawasan perumahan tersebut.

Kata pihak polis, tulisan tangan itu berkemungkinan ditulis oleh pencuri dan telah dijumpa di kediaman tersebut. Pencuri tersebut telah menggunakan buku nota dan pen milik tuan rumah untuk menulis nota sebelum meninggalkan kediaman.

Kes berkenaan kini dalam siasatan pihak polis.

Sumber : The Times of India

Fathin Nadzira