Siakap Keli
Gambar Via Daily Mail

Lelaki Dilapor Maut Dipijak Gajah, Anak Hanya Mampu Tengok Dari Jauh

Seorang pelancong dilaporkan telah dipijak hingga mati oleh seekor gajah  di sebuah taman safari di Zimbabwe.

Lebih menyayat hati, kejadian itu berlaku di hadapan anak lelaki itu yang tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkannya.

Menurut Daily Mail, mangsa, 71,  dan anaknya, 41, dikatakan keluar berjalan-jalan di taman itu pada waktu pagi. Difahamkan, mereka telah memarkir kereta jauh dari tempat kejadian.

Jurucakap Lembaga Pengurusan Taman dan Hidupan Liar Zimbabwe, Tinashe Farawo, mengatakan bahawa mangsa tidak dapat melarikan diri ke kenderaannya kerana faktor usia.

Gambar Via Daily Mail

“Kami sangat prihatin kerana dua orang sudah terbunuh dalam satu minggu,” katanya yang merujuk kepada kematian sebelumnya di mana seorang lelaki turut dipijak hingga mati oleh seekor gajah di Victoria Falls di barat Zimbabwe.

Dalam pada itu, lebih daripada 40 orang telah meninggal dunia akibat konflik di antara manusia dan hidupan liar di taman dan kawasan luar bandar lain.

Zimbabwe dianggarkan mempunyai 85,000 ekor gajah dan Botswana lebih dari 130,000 ekor.

Afrika Selatan mengatakan mereka sedang berjuang untuk mengatasi jumlah gajah yang sedang berkembang pesat dan mendesak agar mereka dibenarkan menjual stok gading gajah yang telah dirampas dari pemburu haram.

Dana yang diperoleh dari penjualan gading itu dipercayai akan digunakan untuk pemuliharaan dan meredakan kesesakan di taman yang dilanda kemarau.

Sumber: Daily Mail

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.