Siakap Keli
Gambar Via Sky News

Makmal Tersilap Buat Ujian, 43,000 Warga England Terima Keputusan Negatif Diarah Jalani Ujian COVID-19 Semula

Ujian pengesanan COVID-19 di sebuah makmal Wolverhampton dilaporkan telah ditangguh susulan daripada kesilapan yang dilakukan mereka berkaitan keputusan negatif yang melibatkan kira-kira 43,000 orang di England.

Menurut Sky News, NHS Test and Trace mengganggarkan bahawa 400,000 sampel ujian diproses melalui makmal Klinik Kesihatan di situ dan dianggarkan 43,000 orang mungkin telah mendapat keputusan yang salah di antara 8 September dan 12 Oktober yang lalu.

Agensi itu juga mengatakan bahawa mereka kini sedang menghubungi individu yang terlibat dan meminta mereka untuk menjalani ujian COVID-19 semula.

Pengarah Insiden Kesihatan Awam di UKHSA, Dr Will Welfare berkata penting untuk menjalani ujian PCR semula bagi memastikan sama ada seseorang individu dijangkiti COVID-19 atau tidak.

“Sekiranya anda mempunyai simptom COVID-19, jalani kuarantin kendiri dan ambil ujian PCR,” katanya.

Sumber: Sky News

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.