Siakap Keli
Gambar Hiasan via UNHRC

Malaysia Menang Kerusi Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Penggal 2022-2024

Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan tahniah kepada Malaysia atas pencapaian memenangi kerusi pada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Human Rights Council) bagi penggal 2022-2024.

Malaysia berjaya memenangi pengundian negara-negara untuk menduduki 1 daripada 18 kerusi dengan 183 undian pada Majlis Hak Asasi Manusia PBB yang dijalankan pada 14 Oktober 2021.

Tambah Ismail, kejayaan Malaysia menduduki kerusi Majlis Hak Asasi Manusia PBB merupakan pencapaian yang hebat dan pengiktirafan kepada status hak asasi manusia.

Sumber: Dato’ Sri Ismail Sabri

@thesiakapkeli

Orang selangor mana? Mana yg betul2 sedap ni🤔 #GreatestMakanHits #foodreview #selangor @tourismselangor

♬ original sound - Siakap Keli
" "