Kalau sebut tentang promosi ataupun diskaun, sudah pasti ramai yang akan tertarik terutamanya bagi golongan yang suka membeli belah. Tidak kiralah sama ada menerusi fizikal ataupun dalam talian, ianya tidak akan mematahkan semangat mereka, tambahan lagi ada penawaran yang berbaloi.
Selain promosi dan diskaun, cashback juga antara perkara yang sangat diinginkan oleh pelanggan kerana dapat membuatkan mereka rasa berbaloi dengan setiap pembelian. Bertepatan dengan itu, nilai cashback yang tinggi turut menjadi tumpuan bagi seseorang pelanggan sebelum membuat keputusan untuk membuat pembelian.
Bercakap mengenai ‘Cashback‘, Senheng sebenarnya turut menawarkan dengan nilai yang sangat tinggi untuk anda nikmati. Penawaran itu boleh diperolehi menerusi aplikasi yang dibangunkan untuk kemudahan anda sebagai pelanggan mereka.
Senheng App
Untuk pengetahuan anda, Senheng telah melancarkan dan juga menambah baik Senheng App dengan ciri baharu. Ciri yang dimaksudkan adalah ‘Home Fix, Mobile Reloads and Ticketing’ yang dapat dinikmati pada bulan September ini.
Tidak terhenti di situ, pada November pula, aplikasi Senheng akan menawarkan servis tempahan makanan iaitu S-FOOD yang bakal dilancarkan nanti.
‘Cashback’ Bernilai Tinggi
Berbalik pada aplikasi hebat tersebut, Senheng App turut didatangkan dengan pembelian yang menawarkan cashback dengan nilai yang tinggi. Perkara ini bermaksud, anda boleh mengumpul S-Coin yang boleh digunakan atau ditebus di mana-mana cawangan Senheng atau SenQ dengan potongan harga dan juga wang tunai.
Seperti yang dinyatakan ciri baharu yang terdapat pada Senheng App, anda boleh menikmati sehingga 30% S-Coin cashback setiap kali membuat tempahan perkhidmatan Home Fix tanpa sebarang bayaran yang tersembunyi. Berbaloikan, lebih mudah kerja dan menguntungkan dengan cashback buat anda.

Selain daripada perkhidmatan ‘Home Fix’, anda juga boleh menikmati cashback menerusi tambah nilai mudah alih yang baru sahaja dilancarkan pada 21 September lepas. Sekiranya anda menambah nilai melalui aplikasi Senheng, anda secara tidak langsung dapat menikmati sebanyak 4% cashback S-Coin ke dalam akaun anda.
Bukan itu sahaja, setiap kali anda membuat pembelian menggunakan aplikasi tersebut termasuklah tambah nilai, pembelian tiket, perkhidmatan ‘Home Fix’ dan lain-lain lagi, anda dikira sebagai peserta di dalam Spend & Win S-Coin Campaign di mana anda boleh meraih sehingga 33,300 S-Coin bernilai RM333. Jumlah nilai hadiah kempen ini adalah 666,000 S-Coin yang bernilai RM6660 untuk sebanyak 30 pemenang.
Spend & Win S-Coin Campaign
Hadiah Utama: 33,300 S-Coin bernilai RM333 x 10 pemenang
Hadiah Kedua: 22,200 S-Coin bernilai RM222 x 10 pemenang
Hadiah Ketiga: 11,100 S-Coin bernilai RM111 x 10 pemenang
Aplikasi Hebat Rangkumi Kemudahan Gaya Hidup
Aplikasi yang dibangunkan ini bukan sahaja dapat memberikan kebaikan kepada pelanggan barangan elektronik, tetapi turut ditambah baik menjadi aplikasi hebat yang dapat memberikan manfaat dan pembelian berbaloi untuk anda.
Selain itu, aplikasi ini juga akan memberikan kemudahan bagi kelancaran gaya hidup menerusi pelbagai penawaran yang menarik yang akan dilancarkan buat anda. Buktinya, pada bulan yang mendatang, aplikasi Senheng akan memperkenalkan beberapa ciri baharu.
Antara yang dimaksudkan adalah tambah nilai permainan dalam talian, pembayaran bil, penghantaran makanan, barangan refurbished, e-wallet, dan banyak lagi yang bakal menanti anda.
Kalau sudah begitu, sepertinya sudah tiada alasan untuk anda menolak tawaran baik yang sudah tersedia ini. Jadi tunggu apa lagi, anda boleh terus muat turun aplikasi tersebut melalui pautan INI, dan nikmati pelbagai tawaran hebat buat anda.
Sekiranya anda ingin mengetahui mengenai aplikasi hebat ini dan cashback dengan nilai yang tinggi, boleh layari Facebook Senheng App dan juga Instagram Senheng App