Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 7,420 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini.
Dengan pertambahan kes baharu itu, jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 2,377,033 kes.
Kes pada hari ini juga menurun sedikit berbanding semalam yang mencatatkan 8,084 kes.
Maklumat terperinci mengenai kes harian di setiap negeri dan jumlah kes sembuh serta kes kematian akan dimuatnaik di laman COVIDNOW.
Sehingga 15 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 7,420 kes (2,377,033 kes).
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 15, 2021
Sumber: Noor Hisham Abdullah