Siakap Keli

(Video) Macam ‘Berjalan’ Atas Air, Tular Lelaki Selamba Tarik Kereta Guna Bot ‘Belah’ Tasik Banding Bawa Balik Kampung

Tidak pernah dilihat sebelum ini, tular di media sosial mengenai kehebatan beberapa lelaki yang ‘menarik’ kereta mereka di dalam tasik menggunakan bot yang kecil.

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik oleh Abdul Mutalib Ahmad di Facebook, kereta itu ditarik untuk dibawa balik ke kampung halaman mereka. Apa yang membuatkan orang ramai terpegun adalah apabila kereta itu dilihat ‘berdiri teguh’ di atas air dan berada dalam keadaan yang baik.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apakah alat yang digunakan untuk melapik kereta tersebut.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Tasik Banding, Gerik, beberapa hari yang lalu.

Rakaman video mengenainya juga telah dimuatnaik oleh pengguna TikTok , @zuhailzaini.

@zuhailzaini

Semalam Viral Gmbr Org Asli Gerik Tarik Kereta Guna Bot, Ni Bukti Videonya.. 💪💪💪 #orangasli #viral #fypage #tiktokgu #fypchallenge #fypシ゚viral

♬ Conquest of Paradise – Vangelis

Rata-rata netizen meluahkan kekaguman mereka dan mengatakan bahawa ia sangat rare.

Sumber: Abdul Mutalib Ahmad, Zuhail Zaini

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.