Susulan satu video yang tular berkenaan sikap tidak sopan Baim Wong terhadap seorang atuk tua. Bilangan pengikut atau ‘subscriber’ beliau di YouTube telah berkurangan sejak tiga hari yang lalu.
Walaupun sudah dijelaskan mengenai apa sebenarnya yang terjadi, masyarakat nampaknya masih marah dan tidak brsetuju dengan perbuatannya itu. Menurut satu portal, “Saluran YouTube Baim Paula turun satu anak tangga menduduki posisi keenam.”
YouTube Baim Paula adalah salah satu channel yang berada di top 5 YouTuber yang paling ramai pengikut di Indonesia. Namun ekoran kejadian beberapa hari lepas ramai pengikutnya telah ‘unsubscribe’ dan menyebabkan mereka terkeluar dari top 5.
Angka pengikut di YouTube mereka turun dalam masa beberapa hari sejak video Baim dan Atuk tersebut tular. Sebelum video tersebut tular, pengikut Baim Paula mencecah sehingga 19.7 juta. Pada 13/10/21 jumlah pengikut mereka menurun sebanyak 19.5 juta dan turun lagi kepada 19.4 juta sehingga kini.
Sumber: Pandelang News, Kompas