Siakap Keli

Aliran Trafik Dilapor Mulai Perlahan Arah Utara Dari Terowong Menora – Sungai Perak, Permatang Pauh – Plaza Tol Sg. Dua

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sebentar tadi melaporkan keadaan semasa trafik di lebuhraya ke arah utara.

Menerusi ciapan di Twitter, aliran trafik arah Utara dari Permatang Pauh ke Plaza Tol Sungai Dua dilaporkan mulai perlahan dan sesak.

Peningkatan aliran trafik ini mungkin disebabkan oleh orang ramai mula berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing kerana cuti hujung minggu dan cuti umum sempena Maulidur Rasul Selasa ini.

Ia juga susulan daripada kebenaran rentas negeri yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad lalu.

Sumber: LLM Trafik

Sofea

There's always another side to every story