Siakap Keli
Gambar: Google

Kerat & Panggang Teman Wanita Kerana Naik Angin Teman Wanita Tak Nak Putus

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia yang gemarkan filem atau drama bergenre thriller, dan seram. Segelintir masyarakat juga ada yang tidak gemar  menonton filem seram yang berkonsepkan hantu tapi mereka lebih gemar yang berunsurkan pembunuhan.

Selain dari menonton filem, pada zaman sosial media ini pelbagai cara kita boleh dapatkan sesuatu. Jika dilihat sekarang kebanyakkan channel di Instagram mahupun YouTube banyak yang mengupaskan berkenaan cerita genre thriller dan seram ini. Kebanyakkannya juga merupakan kisah sebenar yang pernah terjadi.

Menerusi video YouTube oleh Neyna Story kisah ngeri berkenaan seorang lelaki yang telah membunuh teman wanitanya kerana wanita tersebut tidak mahu putus telah diceritakan oleh beliau. Kisah ini bermula dengan seorang lelaki muda berusia 19 tahun. Kisah ini mengambil tempat di Argentina dan telah tular pada tahun 2020.

Menurut Neyna didalam videonya, suspek merupakan seorang remaja lelaki yang berpelajaran. Dia merupakan seorang pelajar dalam bidang perubatan. Keluarganya juga merupakan antara orang-orang yang hebat dalam bidang perubatan. Ibu bapanya merupakan dua orang doktor yang hebat dan terkenal di Argentina, mereka merupakan pakar bedah dan pakar sakit puan. Jadi dapat dilihat disini bahawa suspek tidak datang dari keluarga yang biasa-biasa.

Malah, suspek merupakan seorang anak yang baik, dengar cakap dan tidak melawan cakap ibu bapanya. Di tambah lagi pakej seorang yang pandai dan kacak, dia semestinya menjadi pujaan ramai wanita.

Suspek akhirnya bertemu dengan kekasihnya atas ajakan kawan-kawan mereka. Mangsa (24) merupakan seorang permain hoki wanita yang dikenali di negara tersebut. Mungkin kerana perbezaan umur yang agak jauh dan lebih tua dari suspek, mangsa mempunyai sifat yang suka mengongkong dan mengawal. Suspek sudah tentu tidak berapa suka dengan sifat kekasihnya yang satu itu.

Perkara ini menyebabkan layanan suspek terhadap kekasihnya dingin. Disebabkan hal ini mangsa jadi lebih marah kerana dia merasakan suspek seorang kekasih yang tidak romantik. Oleh itu, suspek akhirnya telah mengambil keputusan untuk memutus hubungan dengan mangsa. Hal ini kerana dia tidak tahan dikongkong begitu ditambah lagi ketika itu dia masih belajar dan menjadi harapan kedua orang tuanya.

Februari 2020 apabila suspek mengatakan dia mahu memutuskan hubungan, Brenda tidak menerima keputusan tersebut dengan baik. Kerana terlalu sayangkan suspek, mangsa telah mengugutnya untuk membunuh diri jika putuskan hubungan. Suspek tidak mempunyai pilihan selain daripada kekal dalam hubungan yang tidak sihat ini.

Tambahan lagi, suspek pernah dibelasah oleh satu kumpulan lelaki yang tidak dia kenali dan mengugutnya untuk tidak tinggalkan kekasihnya itu. Keadaan menjadi lebih tidak terkawal apabila suatu hari mangsa memberitahu bahawa dia mengandung. Walaupun hakikatnya tidak.

Pada 1 Mac 2020 sekitar 4 pagi, mereka berdua telah bergaduh besar di sebuah apartment milik keluarga suspek di San Fernando. Pergaduhan tersebut berlaku kerana suspek tidak percaya bahawa mangsa mengandungkan anaknya, namun mangsa menafikan kata-kata suspek yang menuduhnya bahawa dia menipu.

Ekoran dari pergaduhan ini, suspek akhirnya hilang sabar dan mencekik kekasihnya menggunakan kain. Setelah teman wanitanya itu mati kerana kesuakran bernafas, suspek memotong badan mangsa kepada beberapa bahagian dan memanggangnya. Suspek beranggapan mayat mangsa akan lebih mudah untuk dihapuskan apabila badannya dipanggang dan menjadi lembut.

Namun, bau dari situ terlalu kuat menyebabkan suspek menjadi semakin panik. Dia akhirnya menelefon kawannya yang juga seorang peguam dan menceritakan kejadian tersebut. Suspek turut menceritakan hal tersebut pada ayahnya. Orang tuanya akhirnya membawa suspek ke balai polis untuk diserahkan bagi tujuan siasatan.

Beritanya memanggang teman wanita sendiri ini tersebar luas seluruh Argentina. Ini menyebabkan ramai wanita yang marah dan telah melakukan tunjuk perasaan supaya suspek mendapatkan hukuman yang setimpal.

Sementara menunggu hari perbicaraannya, suspek telah dibebaskan dengan ikat jamin. Ramai masyarakat yang marah akan keputusan ini begitu juga dengan keluarga mangsa. Mereka berpendapat bahawa suspek tidak layak diikat jamin dan perlu dipenjarakan sehingga hari perbicaraan.

Ekoran kejadian ini, ibu bapanya turut terkena tempiasnya. Setiap hari mereka berada dalam keadaan ketakutan kerana kecaman dan ugutan netizen. Oleh itu, suspek telah dikawal dengan ketat oleh pihak polis sebelum sampai hari perbicaraannya.

Suspek akhirnya telah didapati bersalah dan diberi hukuman 35 tahun penjara tanpa faedah pembebasan.

Sumber: Neyna Story

Zahirah