Siakap Keli
Gambar: Google

Kunci Terputus Dalam Pintu? Ada Cara Yang Boleh Anda Gunakan Untuk Mengeluarkan Kunci Tersebut

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pernah terjadi kunci terputus dalam pintu? Kadang-kadang bila kita nak buka pintu ada sesetengah kunci yang agak susah untuk di buka. Ada kalanya sampai terpatah kunci tersebut dan separuh badan kunci terlekat di dalam tombol pintu.

Tetapi anda tidak perlu risau lagi sekarang! Menerusi akaun TikTok milik jason_jezi, beliau mengongsikan satu cara yang mudah untuk mengeluarkan kunci dari tombol pintu.

Dua sahaja barang yang diperlukan untuk mengeluarkan kunci tersebut iaitu:

  • Hot Glue 
  • Pemetik Api

Dengan dua bahan ini, anda hanya perlu memanaskan sahaja hot glue tersebut dan mencairkan gamnya. Apabila gam tersebut telah cair lekatkan bahagian gam yang cair itu pada kunci yang tersekat di dalam tombol kunci tersebut.

Dengan itu, kunci akan melekat pada hot glue tersebut dan tarik keluar kunci tersebut yang sudah dilekatkan pada hot glue.

Sumber: jason_jezi

Zahirah