Siakap Keli
Gambar hiasan | Kredit: Google

Pertama Kali Dalam Sejarah, Tazkirah Tentang Nabi Muhammad SAW Selama 24 Jam Tanpa Henti 18 Oktober Esok

Pejam celik pejam celik, kita semakin menghampiri sambutan ulang tahun hari keputeraan Baginda Nabi Muhammad SAW untuk tahun 1443H pada 19 Oktober ini. Sebagai umat Baginda, jom kita selawat satu kali dulu?

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Di kebanyakan negara Islam, terdapat banyak cara untuk menyambut sambutan Maulidur Rasul pada setiap tahun. Antara aktiviti cukup popular dan lazim dijalankan termasuk di Malaysia sendiri adalah majlis berselawat.

Apabila mengenang semula kisah perjalanan hidup Baginda SAW bermula dari kelahiran pada Subuh 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah sehinggalah saat kewafatannya, terlalu banyak jatuh bangun dan peristiwa yang Baginda SAW tempuhi demi menyampaikan seruan agama-Nya.

Bersempena Maulidur Rasul yang bakal disambut 18 Oktober ini, apa kata kita isi masa untuk ketahui lebih dalam tentang Baginda SAW dari A sampai Z. Nak baca buku, mestilah macam banyak sangat pulak kan. Jadi apa cara paling senang ye?

Ikuti tazkirah kisah nabi selama 24 jam tanpa henti!

Inilah seperti yang dibawakan khas oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), iaitu program Tazkirah 24 Jam Tanpa Henti mengenai Sirah Nabawiyyah Nabi Muhammad SAW bersempena Maulidur Rasul pada 19 Oktober ini!

Berpandukan konteks sirah lengkap seperti yang dibukukan dalam kitab Ar-Rahiq Al-Makhtum karangan Sheikh Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri, program ini bakal mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Record sebagai siaran langsung diskusi Islamik tanpa henti yang paling lama disiarkan!

Gempak kan? Untuk makluman, Tazkirah 24 Jam Tanpa Henti ini akan bermula dari jam 9 malam, 18 Oktober (Isnin) dan dijadualkan berakhir pada jam 11 malam, 19 Oktober keesokannya. Fuh, terisi betul 24 jam tu dengan benda bermanfaaat.

Selain padat dengan pelbagai topik, tazkirah ini akan disampaikan oleh barisan ilmuan terkenal tanah air seperti Ustaz Syed Abdul Kadir Aljofree, Datuk Dr. Mohamad Fadzilah Kamsah, Dr. Robiah K Hamzah, Ustaz Haryanto Rizal Lokman, Ustaz Ilyas Ismail, Ustaz Zul Ramli dan ramai lagi!

Apa yang disajikan sepanjang 24 jam ini?

Program ini akan menyajikan pelbagai jenis topik dan pengisian mengenai sirah kenabian Baginda Muhammad SAW seperti yang terkandung dalam Ar-Rahiq Al-Makhtum. Pendek kata, anda berpeluang untuk ‘khatam’ tentang kisah Baginda Muhammad SAW dalam sehari saja!

Oleh itu, berikut di bawah adalah senarai topik mengikut jadualnya. Jom tengok apa yang menarik dan siapa yang sampaikan:-

Macam mana nak sertai?

Orang awam boleh ikuti Tazkirah 24 jam Tanpa Henti ini melalui saluran Facebook LIVE di laman Facebook rasmi YADIM. Penyertaan adalah percuma, bebas ditonton di mana jua. Kalau anda tak sempat nak ikuti sesuatu topik, jangan risau. Ada banyak lagi topik lain yang boleh diikuti pada slot seterusnya!

Oh ye. YADIM juga menyantuni semua tanpa mengira latar belakang mereka. Mari sama-sama bantu YADIM untuk menyantuni semua lapisan masyarakat. Oleh itu, orang ramai boleh menyumbang kepada YADIM menerusi dua cara mudah.

Pertama, layari laman web YADIM dan klik di ruangan ‘Sumbangan Dana’ di halaman utama. Seterusnya ikuti panduan yang diberikan, atau yang kedua, hulurkan sumbangan anda ke akaun 5660 1062 5428 (Maybank).

Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Tabung Infaq YADIM (566010625428 – Maybank Berhad). Setiap sumbangan akan melayakkan anda menerima pelepasan Potongan Cukai (No.Warta G.N.3395 Bertarikh 25/01/1974 – HQ 162/2077)6.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyertai Tazkirah 24 Jam Tanpa Henti anjuran YADIM ini pada 18 Oktober nanti. Hari Maulidur Rasul itu kan cuti umum. Apalah salahnya kita luangkan masa cuti untuk dengar pengisian tentang Baginda SAW kan?

Jom dengar tazkirah sambil beramal. Jumpa nanti. Sollu ‘alannabi!

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'