Siakap Keli

Single Baru Adele ‘Meledak’, Raih Lebih 40 Juta Tontonan Dalam Satu Malam

15 Okt ialah satu tarikh penting bagi peminat kepada penyanyi terkenal British ini. Single terbaru beliau “Easy On Me” telah keluar. Baru sahaja keluar semalam lagu ini telah mencapai 40.1 juta penonton di YouTube milik Adele. Single terbaru ini telah berjaya melepasi rekod tontonan “Hello” yang memiliki 27.7 penonton dalam masa satu hari iaitu 24 jam.

Jika anda pendengar setia lagu dari penyanyi-penulis lirik kelahiran London ini, “Easy On Me” memiliki ciri-ciri yang menyatakan itu lagu beliau. Merdunya alunan piano yang diikuti oleh nyanyian permulaan seperti lagunya “Hello”, suku kata korus yang dipanjangkan seperti “Someone Like You”, penghasilan bridge yang halus tetapi penting seperti “When We Were Young.”

Meskipun begitu, Easy On Me, sama tapi tidak serupa dengan kebanyakkan lagu hebat beliau terdahulu. Lagu hasil kolabrasi dengan Greg Kurtsin ini mempersembahkan perasaan kecewa yang lain, dimana dia meminta untuk difahami ekoran dari perpisahan yang menyebabkan terlalu banyak keburukan.

Menurut Bustle juga, Adele telah menceritakan bahawa album terbaru beliau mempunyai makna yang dalam yang ditulis sewaktu “kejatuhannya” selepas berpisah dengan bekas suami Simon Konecki.

Lagu ini telah difokuskan lebih pada penceritaan sewaktu ” zaman kanak-kanak yang perit, penceraian yang dilalui dan pengajaran yang diambil dan tidak diketahui tentang keluarga, cinta dan pengabaian.”

Adele turut memberitahu proses pembikinan album ini dibuat sebagai untuk anak lelakinya Angelo, yang turut merasai sakitnya dalam proses penceraiannya . “Saya berharap dengan lagu ini, mesej tersebut sampai padanya. Apabila dia menginjak umur 20-an atau 30-an agar dia boleh faham kenapa saya mengambil keputusan untuk ubah hidupnya demi kebahagiaan saya.”

Tambahnya lagi, “Perkara ini membuatkan Angelo sedih pada sesuatu saat. Dan itu ialah satu kekecewaan untuk saya yang saya tidak tahu jika lukanya boleh sembuh.” Adele juga berkata lagi sepanjang perjalanan pembuatan lagu ini, beliau banyak mempelajari tentang diri sendiri.

Sumber: Billboard, Bustle

Zahirah