Sesiapa saja pasti akan merasa sedih dan risau apabila kucing kesayangan hilang dan tidak dapat dijejaki. Manakan tidak, haiwan comel itu sudah dianggap seperti ahli keluarga sendiri dan mempunyai ikatan kasih sayang yang sangat sukar untuk digambarkan.
Walaupun kucing turut dikenali sebagai haiwan yang sangat nakal, namun kehilangannya membuatkan rumah tidak lagi ‘meriah’ dan ceria seperti sebelumnya.
Seperti yang dialami oleh seorang pengguna Facebook, Zaheera Hamidi, yang sedih apabila kucing kesayangannya keluar dari rumah dan tidak dapat ditemui selama berhari-hari.
Namun, dia beruntung kerana kucingnya yang bernama Loki itu telah ditemui semula hasil bantuan seekor anjing milik seorang lelaki Cina. Mari ikuti perkongsiannya di bawah ini untuk ketahui kisah kehilangan Loki dengan lebih terperinci.
ALLAH ITU MAHA BESAR, MAHA MELIHAT.
Ceritanya macam ni. Saya baru pindah. Dalam sebulan lebih. Kami bawak Loki ke rumah baru lewat sikit sebab nak setting tempat baru untuk dia. 9/10/21 husband bawak dia naik kereta. Terus letak dalam rumah. Tapi tak sampai 20 min pintu rumah terbuka sikit dan Loki terus pecut keluar! Kami memang takde pengalaman langsung dengan pindah kucing ke tempat baru. Ingat dia terlepas boleh balik sendiri. Husband pun ingat macam tu so tunggu sampai malam tak pulang-pulang. Ternyata kami silap!
10/10/21- masih lagi menunggu. Ronda-ronda kawasan sekitar. Bayang pun tak nampak. Saya memang kurang bercakap dengan suami sejak Loki hilang sebab dia nampk Loki keluar dan lari tapi dia ingat boleh balik so dia biarkan je. Memang saya salahkan dia dalam hal ni. Mungkin rasa bersalah malam tu dekat pukul 11 baru dia makan. Balik kerja terus dia cari Loki non stop! Dia ulang alik ronda malam, buat sembahyang hajat. Pun tak nampak bayang! Hati saya makin tak tenteram. Fikiran dah kusut.
11/10/21- Petang tu saya ronda2-ronda dengan anak-anak. Bawak baby 4 bulan sekali. Saya nekad saya nak cari sendiri da tak boleh jadi ni. Saya tak tahu apa yang lorongkan saya untuk jumpa adik jual bege kat kawasan tu. Saya memang tak bercakap dengan jiran2-jiran sebab baru pindah. Takde masa nak bersosial uruskan anak-anak lagi. So saya tebalkan muka minta tolong kalau nampak kucing ni tolong tangkap. Adik bege tu kata kawan dia baru lepas viral sebab berjaya jumpa kucing kawasan tu hilang. Dalam 4 hari lepas. Saya teruja dan terus minta tolong bagitau kawan dia tu tentang Loki. Dia ambil no fon saya.
Petang tu terus kawan dia contact kata akan carikan. Pang Cici. Budak lagi 18 tahun berbangsa cina volunteer nak tolong! Allah…! Dia ronda-ronda kawasan tu tiap malam, siang dan berpanas terik! Dan kakaknya Wawa( dlm proses nak masuk islam) juga t0long saya! Kebesaran apa yg Allah cuba nak tunjukkan pada saya? Saya tak kenal dan saya baru pindah tapi ada makhluk Allah yang baik sangat-sangat dengan saya!

12/10/21- masih lagi Pang meronda. Saya dah mula post dlm group kawasan. Panas terik pun dia dok ronda-ronda. Dan saya join group KUCING HILANG//JUMPA MALAYSIA. Dari sini saya dapat banyak tips! Masih lagi mencari sendiri.
13/10/21- dah lama sangat Loki hilang. Dah jenuh cari smua kawasan. Malam tu jugak saya nekad, saya tidurkan anak, saya, Pang & Wawa mulakan pencarian. Setiap lorong setiap ceruk. Poster Pang dah tolong tampal & edar kat setiap rumah, kedai-kedai dan stesen minyak! Masih menunggu tapi tiada yang call. Kami cari sampai pukul 1 pagi. Husband pula buat sembahyang hajat. Malam yang saya cari tu saya mula redha. Saya dah tak salahkan dia. Saya terima tapi dalam masa yang sama saya USAHA!
14/10/21- makin rungsing. Bayang Loki langsung tak nampak. Dalam pikiran cuma fikir mesti orang dah ambil. Pang masih teruskan rondaan. Tiada bayang. Saya dah berserah. Tapi saya nekad tak kan putus asa. Lepas asar nak ke Maghrib waktu tu afdal untuk kita berdoa. Saya doa. Doa sungguh-sungguh. Tepat jam 6 .45 petang ada call masuk. “Akak i rasa i da jumpa u punya kucing”! Ayat tu macam goosebump! Tangan kaki saya menggeletar! Chinese guy tu terus buat VC dan YE MEMANG LOKI! Saya terus call Pang suruh dia pegi dulu sementara tunggu husband saya datang ambil.
Chinese guy tu kata dia nampak poster Loki dekat kedai burger. Dia tunjuk dekat Mango ( his dog) and masa dia jalan-jalan naik basikal Mango patah balik ke kawasan semak dan start barking! Dia pelik and sekali ternampak Loki! Mango memang guarded Loki sampai husband saya datang. Dia dah cam Loki since dalam poster tu. Loki terlepas jauh sangat-sangat dari kawasan rumah saya. Jauh sangat dan kami tak terpikir akan cari sampai kesitu. Kawasan perumahan yang kurang penduduk & sunyi. Mango menunjukkan Allah swt Maha Besar. Tiada yang mustahil. Seekor anjing menjaga kucing sehingga tuannya datang. Apa yang cuba Allah tunjukkan pada saya?
Apa yang saya boleh kongsi pada yang sedang mencari haiwan kesayangan kita..
BYKKAN BERSEDEKAH. Saya banyak memberi pada food rider. Rm1 je tak banyak. Semua food rider saya akan bagi. Minta tolong kalau ternampak ada yang simpan Loki masa diorang hantar makanan. Sepanjang Loki hilang kalau saya beli barang atau makanan saya takkan ambil baki. Dengan niat Allah mudahkan kesulitan saya.
REDHA. Malam sebelum saya keluar cari Loki saya redha dengan husband. Saya tak marahkan dia lagi. 4 hari saya kurang bercakap. Tapi malam tu saya redha dan sy keluar mencari. SEPANJANG PROSES MENCARI SAYA AMALKAN AYAT ‘Ya allah Ya shaahid.
DOA. Saya doa dan minta mak, mak mertua, ustaz-ustaz yang saya kenal untuk buat sembahyang hajat. Saudara mara. Semua say aminta tolong. Ibu mertua saya pernah ajar, minta pada Allah mcm ni. YA ALLAH, DENGAN SEGALA KEBAIKAN YANG PERNAH AKU BUAT, YANG PERNAH AKU LAKUKAN, KAU BALASLAH KEBAIKAN AKU DENGAN KELUARKAN AKU DARI KESULITAN INI. BANTULAH AKU DENGAN AMAL KEBAIKAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN. TUNJUKKAN LOKI DAN PERMUDAHKAN KAMI MENCARINYA DI KAWASAN YANG SENANG KAMI NAMPAK.
Doa dari waktu ASAR ke MAGHRIB.
BERSANGKA BAIK. Mana mungkin baru pindah ada orang nak bantu kita kan. Tapi Allah tu Maha Besar. Jiran saya Pang & Wawa ( dua beradik non muslim yang bakal masuk Islam) tolong saya dengan IKHLAS! Teman saya layankan risau saya. Ikut saya disetiap
lorong. Dua insan yang saya tak kenal langsung! Tapi Allah hantarkan untuk tolong saya. Kebesaran apa yang Allah cuba tunjuk kat saya pun saya tak tahu
MANGO ( a dog), ini pun dah buat saya terkedu. Tak pernah terfikir seekor anjing akan jagakan kucing say adan boleh cam Loki. Kawasan tu memang takde orang dan sunyi. Tapi Allah swt lorongkan mereka untuk lalu situ. ALLAHUAKHBAR! Semoga posting saya ni bermanfaat pad amereka yang masih mencari haiwan kesayangan. Saya sangat faham rasa itu. Terima kasih pada group ni. Banyak sangat yang share post Loki hilang. Doa-doa anda. Hanya Allah swt yang balas jasa semua.
Sumber: Zaheera Hamidi